Teknik Belajar Lelong di Internet
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni saya sekadar ingin berkongsi sedikit tentang perkara yang mungkin sukar untuk kita laksanakan..
Reunion dalam bahasa Melayunya pertemuan kembali rakan lama (betul ke definisi ni?? hentam je lah)..
Baru-baru ni satu reunion antara budak sekolah saya ( Sek. Men Datuk Bendahara - batch 1990-1995),telah diadakan.. Tempatnya memang agak janggal sedikit iaitu di gelanggang futsall Sport Planet, Cheng.. Nampaknya dengan perubahan fizikal masing-masing memang sukar sekali untuk bermain dalam tempoh 1 jam.. Tetapi masing-masing menunjukkan kesungguhan dalam kepayahan..
Gambar kecil kan.. Klik je nak tgk besar..

Kenapa buat reunion nie?? Mesti ramai yang tertanya-tanya apa bestnya reunion ni.. Antara sebab-sebab bestnya buat reunion adalah :-

1. Dapat mengimbas kembali kenangan lama.. Chewah..
2. Dapat networking semula.. Ye lah kadang-kadang ada kawan-kawan yang berjaya dalam bidang masing-masing..
3. Dibelanja atau membelanja.. Bila ramai-ramai berkumpul biasalah mesti ada makan-makan dan sebab jarang jumpa mesti ada yang akan jadi mangsa sebagai pengerusi pembayaran kan.. Ha ha ha ha..
4. Mengeratkan silaturrahim sesama kita.. Almaklumlah susah nak bersua muka…
5. Dapat melihat fizikal masing-masing yang berubah.

Rasanya cukup setakat ini.. Mungkin anda semua ada cerita reunion anda masing-masing.. Apa kata bebelkan disini sementara tengah tunggu waktu berbuka tu..

Tags: , , , ,

12 Responses to “Reunion”

  1. reunion-tidak smpi 5 kali aku pergi sejak tamat sekolah sbb tempat yang dibuat agak jauh..ade nak buat d terengganu, ada jg di kelantan, ade juga di pahang dan ade juga aku takde masa.. :-((

    [Reply]

  2. reunion sek ren syia setakat ni every year buat :) besh sgt.. dpt tgk kwn2 berubah

    [Reply]

  3. aku x pernah balik bereunion, aku kat kl, sekolah kat high school, bila masa nak pergi

    [Reply]

  4. entri ni betul-betul mengingatkan aku pada reunion yang lepas. memang best bila dapat jumpa member lama.

    anyway, selamat berpuasa zool. semoga bulan ramadhan ini lebih membawa erti dari ramadhan yang sudah-sudah :)

    [Reply]

  5. kalo sekali skala ade reunion mst best…hehe
    reunion batch sekolah sy baru2 ni, ade yg siap bw husband skali..anak2 xde lagi la..heh

    [Reply]

  6. puas ati reunion nie..
    ak tunggu raye je kot..
    bro..ak da tukar link.. :D

    [Reply]

  7. zaman sekolah menengah aku hilang begitu sahaja tanpa reunion. hehehe. dah lebih 10 tahun meninggalkan sekolah takder sound sound. hahaha. kalau zaman masuk universiti tu adala yang dibuat last year. tu pun tak cukup korum

    [Reply]

  8. aku dh lm x pegi reunion besar=besaran. last sekali 4 tahun lepas.

    skrg ni buat reunion kecik2 je. main futsal ataupun lepak mengeteh sama-sama group masa sekolah dulu

    [Reply]

  9. mohdhafifi –> biasalah bila dah berkomitmen camne nak gi reunion..
    syia –> betul tu tgk kawan2 dah berubah.. saya je fizikal berubah.. Huhuhuhu
    azwan –> high school mana bro???
    rohaizad –> memang best reunion nie..selamat berpuasa gak..
    cikF–> yang tak bestnya reunion masing2 bawak keluarga.. Yang takde keluarga tu yang tak berapa nak campur tu..
    afham –> raya dapat jumpa?? ok lah tu..ok..
    taukey –> ala bro.. gunakan medium internet. friendster ker myspace.. carik diorang dulu… insyaallah jumpa..
    aeropama –> betul tu main futsal atau lepak2.. senang nak berunion..

    [Reply]

  10. high school kat melaka lah, aku form 4 and form 5 kat sana.

    [Reply]

  11. azwan –> mana tau kat negeri lain pun ada high school.. apahal pun skg kan ada banyak cara nak buat jejak kasih.. ajak le budak2 ko buat reunion..

    [Reply]

  12. salam perkenalan uat semua……………..pe kaba?c-hat kew?

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>