Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Terbaca sisipan suratkhabar Utusan ‘Mega’ mengenai resort ladang ternak menarik perhatian ini…

Memang sesuatu yang jarang dilakukan pabila ladang penternakan dijadikan daya tarikan dengan kemudahan penginapan di situ. Walaupun Kerajaan cuba untuk mempromosikan pelancongan agro namun ia bukan semudah yang disangka. Ramai pengusaha yang gagal di tengah jalan..
Berbalik kepada berita di akhbar tersebut, ladang seluas 4.8 hektar itu terletak di kawasan kaki bukit di Kampung Chuar Hulu, Kati, Kuala Kangsar, Perak. Kemudahan yang disediakan adalah seperti 17 unit bilik calet semi D, dewan makan, surau serta dewan ceramah untuk tujuan penganjuran acara.
Resort yang dinamakan ‘Syamille Agrofarm & Resort ‘ terletak di kawasan sungai semulajadi, hutan dara, air terjun, serta kehijauan dan keheningan alam baik flora mahupun fauna. Memang sesuatu yang menarik untuk berehat di kawasan sebegini.
Menariknya resort ini juga menempatkan ladang penternakan kambing, lembu, rusa, landak, lebah, ayam kampung serta pelbagai jenis pokok buah seperti cempedak, Nangka, Limau nipis, Dokong, Mata kucing, Durian, Rambutan, Langsat, Kelapa muda, Limau madu, Belimbing dan Jambu batu.

Sumber : Website Syamille Agro Farm & Resort
Sememangnya kagum dengan usaha pemilik ladang tersebut yang berjaya ke tahap ini dalam tempoh 7 tahun sahaja.
Memang ada angan-angan nak buat benda macam ni. Ianya merupakan perniagaan yang lumayan kerana ianya melibatkan penternakan dan pelancongan. Ia pasti menjadi tarikan kepada pelancong untuk singgah sambil memberi peluang untuk mendapat pelanggan. Yelah, mana tau ada pelabur yang ingin menempah binatang ternakan ketika berehat atau berkursus di situ.
Kalau ikutkan, dekat Melaka ada satu ladang dinamakan ‘Melaka Tropical Fruit’ di Sungai Udang dan ‘D-Paradise’ di Brisu tapi ianya lebih kepada buah-buahan dan dilaksanakan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri dan syarikat korporat.
Tahniah kepada syarikat Syamille Agro yang berjaya membuat sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain.. Si ZOol hanya mampu angan-angan je la. Nak buat tak cukup kuat… Asyik berangan je dari dulu ni…

Sekian..
p/s :- Dah lama tak tulis entri pasal penternakan atau pertanian kat blog ni sedangkan entri yang macam ni merupakan antara keyword terbanyak suatu masa dulu.


semoga ladang ternak tu terus maju,,,bukan mudah untuk terus kekal dalam bidang penternakan nie,,
Reply
zool
Reply:
January 24th, 2012 at 09:29
memang gempak kalau boleh semakin maju. bukan senang tu
Reply
memang rajin betul ownernya ni. macam-macam dibuatnya.
Reply
zool
Reply:
January 24th, 2012 at 09:30
memang rajin..
macam2 binatang ada tu…
Reply