LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Resipi Kejayaan Pasukan bolasepak Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Semua orang tahu yang pasukan bolasepak Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2012 sekaligus memenangi 3 kejuaraan bolasepak utama. Selain dari Piala Malaysia, pasukan Kelantan juga memenangi Piala FA dan Liga Super menjadikan mereka merupakan pasukan paling berjaya pada tahun ini.
Agak malang saya tidak dapat menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia secara langsung (cuma dapat menyaksikan di masa tambahan sahaja) jadi memang tak dapat nak beri ulasan tentang permainan tersebut. Apapun untuk entri kali ini saya ingin memberi pendapat mengenai resipi kejayaan pasukan Kelantan yang berjaya mendominasi kejohanan bolasepak tempatan dan semakin hampir ke Asia .
Image Hosted by ImageShack.us
Sebelum itu, ini merupakan pendapat peribadi saya dan tiada kaitan dengan sesiapa pun. Berikut merupakan pandangan saya mengenai resipi kejayaan pasukan Kelantan

1. Kekuatan dari segi kepimpinan. Pasti ramai yang bersetuju bahawa kebangkitan pasukan Kelantan sedikit sebanyak berpunca dari kepimpinan Presiden KAFA iaitu Tan Sri Annuar Musa. Beliau yang memimpin kelab bolasepak itu sejak tahun 2009 telah melakukan transformasi besar-besaran sehingga menjadikan pasukan Kelantan kuat. Ingatkah kita pada tahun 2009 itu juga bermula revolusi dimana pasukan Kelantan memanggil beberapa pemain ternama tempatan sambil memanggil semula beberapa anak tempatan yang berpotensi.
Kebijaksanaan beliau dalam menguruskan organsisasi bolasepak memang diakui sehingga berjaya menjadi Timbalan Presiden FAM sebelum ini sebelum berlaku kontroversi menyebabkan jawatan beliau agak tergantung.
Image Hosted by ImageShack.us

2. Jurulatih yang hebat. Pemilihan jurulatih Bojan Hodak menggantikan Peter Butler merupakan keputusan yang tepat. Ini kerana Bojan Hodak mampu meneruskan kesinambungan sekaligus memperbaiki segala kelemahan pasukan Kelantan pada awal musim sehingga mampu mendapatkan 3 piala tahun ini.
Image Hosted by ImageShack.us

3. Sumber kewangan yang kukuh. Kita sering dengar ada yang mengatakan ‘ wang tak boleh memberi piala’ namun kalau kita tengok, pasukan Kelantan mempunyai kekuatan dari segi kewangan. Lihat sahaja pada jersi pemain. Berapa banyak pasukan yang ingin menaja pasukan Kelantan. Pastinya duit tajaan itu menjana organisasi KAFA sekaligus memberikan mereka peluang untuk mendapatkan pemain-pemain berkualiti. Yang terbaru, diberitakan bahawa pasukan Kelantan akan diuruskan oleh syarikat yang lebih profesional pada masa depan. Pasti ia akan mengukuhkan sumber kewangan melalui penjualan tiket, jersi, merchandise dan sebagainya.

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar Jersi baru Kelantan tahun 2012/2013..
Kredit Gambar :- KelantanFA

4. Sokongan penyokong. Penyokong pasukan Kelantan diakui memang fanatik. Malahan mereka sanggup meredah ratusan kilometer untuk menyaksikan pasukan kegemaran mereka. Selain membantu pasukan menjana pendapatan kelab, ia juga menaikkan moral pasukan bila melihat sokongan peminat yang tidak berbelah bagi.

5. Pemilihan pemain. Pasukan Kelantan bukan sahaja mempunyai pemain utama yang hebat, malahan pemain simpanan juga mampu mengalas cabaran. Ditambah dengan displin mereka mengikut taktikal jurulatih yang berjaya. Dalam pasukan Kelantan juga mereka tidak mengharapkan pada seorang pemain untuk menjaringkan gol. Kita boleh lihat ramai yang mampu menjaringkan gol. Ini satu yang menarik apabila terdapat pemain yang mengalami kejatuhan prestasi namun berjaya dibantu oleh pemain lain.

6. KetentuanNya. Pasti tanpa izin dariNya pasukan Kelantan tidak mampu berjaya seperti ini.

Okay ini sahaja resipi kejayaan pasukan Kelantan yang dapat saya masukkan dalam entri ini. Mungkin ada yang lain yang boleh anda masukkan. Apapun tahniah kepada pasukan Kelantan dan semoga mereka mampu meneruskan rentak konsisten pada musim depan.

Sekian.

p/s :- Ini hanya pendapat dari peminat bolasepak amatur. Mungkin ada salah silap fakta.

Please follow and like us:
error0

11 thoughts on “Resipi Kejayaan Pasukan bolasepak Kelantan

  1. fakta yg tak boleh dipertikaikan lagi
    auc sokong penuh…
    yg menyampoh bila ketiada anuar musa, muka2 penyekat rolyati minyak mencelah, menyampah betul lah… nilah yg akan merosakan bola sepak kelantan kalau diberi kuasa nanti.. 🙂

  2. yee…kalau lah pasukan Pahang ada semua ni ..pasti pahang akan menggegar lagi seperti dulu2..
    Saya tetap sokong pahang samapi ke akhirnya

    Go Tok Gajah !!

  3. jika dah ada ramai pemain hebat. tapi pengurusan out, memang tak menjadi juga. itulah kunci kejayaan kelantan.
    kombinasi pemain yang baik dan berbakat serta pengurusan kelab yang lebih baik. hasilnya…JUARA

  4. faktor duit memang BANYAK main peranan. kalau takde duit..memang susah nak perform..kelantan dulu..mana ada macam ni..bila banyak beli pemain..bayar bagus..apa lagi..memang tak mustahil leh jadi macam sekarang. Tengok cam selangor, ATM dan negeri/kelab yang berani habis duit..camana prestasi diorang? so..duit memang main peranan besar untuk dapat hasil yang lumayan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)