Resepi Ramadhan – Kuey tiaw Kung Pow

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya Ramadhan dah sampai ke pertengahannya. Sebelum ini saya pernah menulis entri mengenai Cabaran Ramadhan 1421 H dan antara yang dicabar ialah buat 2 entri masak-masak buka puasa bersama si Zool. Pada hari Sabtu yang lalu, si Zool telah mencuba untuk memasak iaitu menggunakan kuey tiaw sebagai sumbernya. Nak masak goreng dah biasa, jadi untuk kali ini percubaan untuk memasak kuey tiaw Kung Fu. Agak malang bila bahan utama iaitu tepung jagung takde jadi resipi kuey tiaw Kung Fu ditukar ke kuey tiaw Kung Pow.
Ini antara bahan-bahan yang diperlukan :-

Untuk kuah

1. Bawang merah dan bawang putih sesuka hati ..
2. Garam sesedap rasa. Jangan banyak-banyak nanti cepat kena darah tinggi. Nak letak MSG pun boleh tapi tapi digalakkan.
3. Sayur-sayuran. Pilih je la sayur apa nak guna. Jangan sayur plastik sudahlah.. Sayur nangka/pisang pun tak digalakkan, tapi kalau nak guna boleh gak. Tapi kalau sakit perut tanggung sendiri ye..

4. Minyak masak semangkuk kecil. Jangan pakai minyak diesel plak, terbakar rumah nanti. Tak boleh nak raya. Kalau elok kurangkan bagi mengelakkan pertambahan lemak dalam masakan..
5. Air dalam 4 cawan. Pakai cawan yang sedang-sedang je.

6. Bahan perencah. Ayam, udang, lembu boleh digunakan. Sesuka hati anda le kan.

Bahan kuey tiaw
1. Dah tentulah kuey tiaw. Kalau guna kuih semperit kena tukar ke resipi kuih semperit kung pow.. Tapi confirm tak sedap.. huhuhuhuhu..
2. Telur 2 biji. Kalau nak pakai 18 biji pun boleh tapi memang muntah-muntah le lepas tu..

Okay cukup dengan bahan-bahannya. Kita mulakan proses masak.

1. Senang je. Mula-mula tumis je bawang merah dan putih (kalau ikut resipi asal bawang putih je guna.. tapi pedehal resipi ubah sikit sebanyakkan..) dalam periuk.
2. Bila bau bawang tu dah naik campakkan air ke dalam periuk dengan selamba. Jangan takut-takut nanti minyak naik kat tangan nanti..
3. Dah rasa selesa masukkan bahan perencah tadi.. Mesti cun…
4. Balunkan sekali dengan sayur-sayuran pula .. ( Kalau nak jadikan ianya seperti kuey tiaw kung fu – masukkan tepung jagung dalam 3-4 sudu.. Tengoklah samada ianya sebati dengan bahan-bahan tu)..
5. Lemparkan garam secukup rasa. Ops. Puasa-puasa ni susah nak rasa. Hentam je satu sudu kecil pun berbaloi kot..
6. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.. Kita pergi ke bahagian kuey tiaw plak..
7. Kuey tiaw tadi digomolkan dengan telur yang telah dipecahkan. Gaul-gaul sehingga rata. Pastikan juga tangan anda bersih sebelum mengaulkan bagi mengelakkan kuman bercampur dalam kueytiaw tu tadi.
8. Gorengkan saja dalam 1-2 minit. Dan boleh dihidangkan. Boleh asingkan dengan kuah atau terus mencampurkan ia.. Pasti menyelerakan. ( kepada yang buat tapi tak sedap, tolong jangan marah si Zool ye.. Si ZOol buat ok je…)

Okay sambil tu layankan gambar-gambar yang sempat disnap



Uploaded with ImageShack.us
Ini dia lesung batu bukan lesung pipit ye. Guna untuk menumbuk bahan-bahan untuk tumis. Nak baling kat suami main kayu tiga pun boleh, kak Kiah oit (ikut gaya Chef –)..


Uploaded with ImageShack.us
Ini dia kuey tiaw.


Uploaded with ImageShack.us
Bahan-bahan untuk kuah yang telah direbuskan..


Uploaded with ImageShack.us
Dah selesa dengan kuey tiaw kung pow.. Jom makan..

Cukuplah setakat ni. Tercapai juga hajat nak tulis entri pasal masak-masak di bulan Ramadhan. Ada satu lagi resipi yang perlu dibuat lagi.. Sekian

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2178
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

11 Responses to “Resepi Ramadhan – Kuey tiaw Kung Pow”

  1. LoqNo Gravatar says:

    Perghhh,mesti kaw ni!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bolehlah sikit2..

    Reply

  2. kulanzNo Gravatar says:

    wah, pandai buat sendiri.. boleh tahan :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bolehla sikit2

    Reply

  3. catzerNo Gravatar says:

    rajin ko masak zool. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala sesaja takde mende nak buat

    Reply

  4. Ali ridhaNo Gravatar says:

    selain udang….ade tak bahan len yg kita
    boleh gantikan……

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    boleh je.. letak lah ayam byk2 sikit.. sotong pun boleh kalau nak masukkan

    Reply

  5. titanNo Gravatar says:

    hehe..cepat-cepatlah kahwin. nanti bini leh masakkan. :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    huhuhuhu. ada kawan2 yg boleh ku jadikan calon ke?

    Reply

  6. [...] Ramadhan 1431H telah pun berlabuh. Seperti tahun sebelumnya, si Zool telah membuat cabaran dalam bulan Ramadhan . Berikut merupakan keputusan :- 1. Cabaran menurunkan 4 kg berat badan. Masih tak tercapai. Hanya turun 2 kg. Tu pun dah naik balik raya ni.. T__T.. 2. Terawih 26 hari. Walaupun tiada mesyuarat malam tapi nampaknya iman si Zool tidak kukuh dan menurun. Rasanya kurang dari 20 hari melaksanakan solat sunat terawih tahun ni. Kecewa gak.. 3. Hantar 20 kad raya. Sasaran tercapai. Berjaya menghantar 23 kad raya. Kalau ikutkan maklumbalas hampir kesemua menerimanya. 4. Perbelanjaan RM90 di pasar ramadhan tidak tercapai. Berbelanja Lebih dari RM100 di pasar Ramadhan pada tahun ni. 5. Buat 2 entri masak-masak buka puasa bersama si ZOol pun tak tercapai. Hanya berjaya buat resipi Kuey Tiaw Kung Pow je. [...]

Leave a Reply