Assalamualaikum..
Apa khabar semua?? Mesti rasanya dah cukup rasanya berhari raya melawat sanak saudara. Harap-harap sihat selalu dan tiada perkara-perkara yang tidak baik berlaku.
Nampaknya mood raya masih ada dan blog saya ini juga agak kurang isinya.. Almaklumlah idea-idea masih belum dapat dijanakan. Mungkin banyak sangat makan kuih raya.
Hari ini saya cuba menjawab persoalan seorang pengunjung bernama noni mengenai rendah diri. Jika ada sesiapa nak tolong kepada noni boleh juga memberikan pendapat dalam komen tersebut.
Okaylah berbalik kepada topik yang dinyatakan di atas. Sebenarnya banyak definisi renung, cuma renung yang ingin dinyatakan oleh saya ialah cara pandangan seseorang itu.
Berdasarkan pengamatan saya terdapat beberapa jenis ‘renung’ yang biasa :-
a ) Renung Sedih –> Renungan sebegini biasa berlaku bila seseorang itu memandang seorang yang menyedihkan.. Mungkin anda kurang paham apa yang saya tulis ni. Sebagai contoh si S memandang si Z dalam masa yang lama kerana kasihan kerana si Z yang mengalami kesakitan..
Dari situ akan timbul simpati..
b ) Renung Manja –> Renungan ini biasanya dilakukan dengan niat untuk mendapat perhatian daripada seseorang. Biasanya renungan ini efektif untuk wanita…
c ) Renungan Meminta –> Kalau sesiapa rajin baca buku komik Shin Chan mesti pernah terbaca teknik ini. Renungan ini dilakukan untuk memberikan tekanan psikologi kepada individu yang akan diminta.
d ) Renungan marah —> Renungan ini agak negatif kerana ianya boleh menimbulkan ketidakselesaan terhadap orang yang direnung itu. Bagi mereka yang selalu terlibat dalam keadaan ini cuba-cubalah bersabar.
e ) Renungan Jahat —> Renungan ini terlalu merbahaya. Kepada anda yang melihat mereka-mereka yang merenung anda dengan renungan sebegini berhati-hatilah.. Lari jauh-jauh dari mereka supaya tiada perkara buruk berlaku.
f ) Renungan bosan —> Kadang-kadang terdapat juga individu yang merenung seseorang tanpa sebab musababnya dan mungkin kerana beliau bosan untuk berbuat apa2..
Okaylah rasa-rasanya cukuplah setakat ini topik mengenai renung.. Adakah anda sedang merenung atau sedang direnung oleh seseorang??









October 17th, 2007 at 2:29 pm
nak minta pdgn zool ni. citernya mcm ni.. kat ofis sya nie smua pn orang2 veteran jadi staff baru juz sya sorang je. sya ni klu ngan kwn2 bnyk ckp jg tapi bila dah masuk ofis terus jd bisu.. sya juz ckp benda2 yg penting je ngan staff kat ofis.. mcm rasa rendah diri la pla nak bercakap ngan dorang. tapi situasi mcm ni membuatkan sya boring sendiri. x suka situasi mcm ni klu 24 stay d ofis, 24 jam la sya x ceria.. nak jg dlm keadaan yg ceria tp x tau mcm mana nak berciter nagn dorg. boringny duk kat ofis klu mcm ni.. mcm mana sya nak mengatasi keboringan dlm ofis ni.. mcm nak pindah keja je..
Salam zool, ini jawapan utk noni.
Cuba cari sebab mengapa noni tak ceria dan bisu kat ofis? Adakah kerana topik perbualan mereka? Adakah kerana noni tak banyak tahu buat kerja? Apa yag noni takutkan? Mengapa perlu rasa rendah diri?
Merendah diri tu bagus sebab kita sedar dimana kita berpijak. Tetapi rendah diri yang mengakibatkan kita rasa kurang keyakinan itu yang bahaya tu. Biasanya manusia akan merasa rendah diri bila dia rasa orang lain lebih pandai dari dia, lebih bergaya dari dia, lebih cantik, lebih kaya dan berbagai lebih lagi.
Jika noni kurang keyakinan diri sebab tak ada ilmu atau tak pandai buat kerja…itu biasalah bagi orang baru dan noni harus jangan malu bertanya dan jangan malu utk buat kesilapan sbb kesilapan akan memberi pengajaran yang akan melekat dalam hati dan minda kita selamanya. Jangan malu bertanya, nanti sesat jalan. Orang tak akan cakap yg bukan2 jika kita tidak pandai tapi bertanya tetapi org akan mengata kita jika kita tak pandai tapi tak mahu nak tanya.
Yang keduanya jika kurang keyakinan diri itu disebabkan rasa tak cantik…noni silap sbb semua manusia Allah ciptakan seelok2 kejadian. Kecantikan bukan hanya terletak pd paras rupa tetapi pd byk perkara dlm diri kita dan lain org lain pula persepsi dia ttg kecantikan.
Jika kurang bergaya, belilah buku2 atau bacalah majalah2 atau hadir kursus grooming atau tanyalah pendpt kawan2 cam mana nak di lihat bergaya.
[Reply]
October 17th, 2007 at 2:33 pm
Sorry zool, terpanjang pulak…hehehe..
zool, renungan jahat tu termasuk dalam sexual harassment tau…hehehe..hati2 nanti kena saman…
Renungan marah ada juga ke? hehehehe…bila marah bukan renung lagi zool, tapi buka mata luas2 umpama singa yang ingin menangkap mangsanya…
[Reply]
October 18th, 2007 at 7:44 am
sepatutnya ktom komen pasal rendah diri kat post http://ligakampung.com/blog/20.....ndah-diri/ bukan kat sini,..
nasiblah dia baca ke tak..
[Reply]
October 18th, 2007 at 4:52 pm
ahaks..ada juga renung marah? alahai~ belom penah jumpa lagi. Biasanya kalo nk marah, dah tak pandang org yg nak dimarah tu..huhuhu…
merenung juga boleh menjana keyakinan diri. toi x?
[Reply]
October 19th, 2007 at 12:23 am
azrn —> ada oit.. biasa boss2 yang kerap renung marah.. renung sampai nak terkeluar biji mata..kita plak rasa cuak.. huhuhu
[Reply]