Rendah Diri

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum , sekali lagi berjumpa..
Dan sekali lagi saya ingin menyelongkar perkara yang berkait rapat dengan perasaan..
Nampaknya terlalu banyak perkara yang saya tulis mengenai perkara negatif.. Kenapa agaknya ye?? Insyaallah akan diterangkan pada post-post yang akan datang…
Rendah diri, ramai dari kita yang sering berasa rendah diri bila berhadapan dengan orang yang lebih hebat dari kita.. Walaubagaimanapun perasaan rendah diri juga perlu bagi memastikan kita tidak sombong dan bongkak.. Bagi insan yang merendah diri sukar bagi pihak lawan untuk menafsir kekuatan dan kelemahan mereka…
Namun perasaan merendah diri yang melampau juga mampu menidakkan keupayaan diri.. Antara contoh ketara ialah pasukan bolasepak kebangsaan kita.. Sikap merendah diri menyebabkan mereka tidak mampu untuk bersaing dengan pasukan yang lebih hebat dari mereka sedangkan pasukan lain masih mampu memberikan tentangan…
Sebenarnya secara jujur memang perasaan rendah diri ini wujud dalam diri saya… Memang ianyamenganggu keyakinan diri ini.. Namun sedikit sebanyak telah diperbaiki hasil dari ilham dariNya dan juga perangsang dari rakan-rakan.. Terima kasih┬áNakama-nakamaku..
Bagaimanakah perasaan rendah diri ini dihilangkan ?? Adakah anda seorang yang rendah diri ?? Rasanya cukup setakat ini..Masih merendah diri dengan keupayaan dalam menulis blog ini..

Pengunjung Entri Ini :4017

14 comments:

  1. memang benar, sikap merendah diri memang baik.Maksud merendah diri, bukan merasakan kita ni terlalu lemah, kerdil berbanding orang lain. Rendah diri di sini tidak bongkak, takbur dan meninggi diri di hadpan orang lain. Sifat seperti memang dilarang tegas dalam Al-Quran.

    Tapi ada yang merendah diri sampai hilang keyakinan diri. orang seperti ini harus dibimbing agar mereka tak terlalu low profile.

    Reply

  2. pada saya abg zool, selalunya jika saya disesuatu tempat yang baru, saa akan ambil sifat merendah diri sebagai perwatakan saya..

    tak kisah la dalam apa jua pun, yang terbaik adalah merendah diri biarpun ilmu menggunung tinggi.

    Kenapa? erm..rasanya abg zool boleh terangkan lebih lanjut

    Reply

  3. takkan rumah sendiri pun zool nak merendah diri kot? kadangkala rendah diri kat blog ni leh buat kita tak selesa nak menulis. so just be urself kat sini. hehe

    Reply

  4. zuhairy —> betul tu rendah diri sampai hilang keyakinan diri… Ini yang perlu dielakkan oleh kita..
    abdfatah —> no komen..
    naem —> memang itulah perwatakan saya.. walaubagaimanapun kita lupa kadang-kadang kita memiliki sesuatu yang berharga.. memang seperti yang dinyatakan lebih baik merendah diri kerana masih ada yang lebih baik dari kita… buat apa nak canangkan kehebatan kita kan..
    ramzwatcher —> memang ini lah diri saya, ramz.. sekarang cuba untuk men’transform’ sedikit agar jadi lebih yakin.. dan akan mungkin post-post yang lebih positif akan dihasilkan.. AMIN

    Reply

  5. ermmm zool… rendah diri ni sometimes mmg perlu ada dalam diri seseorang, tapi pada aku kita tak perlu sentiasa merendah diri hingga hilang keyakinan diri… aku sendiri mmg suka type orang yg rendah diri sebab rasa selesa bergaul dengan orang yang macam ni.. tapi jangan lah rendah diri yg melampau2…susah gak tu…
    mcm sekarang ni pun aku rasa rendah diri je kat ofis ni sebab rasa tak sehebat orang2 yg hebat kat sini.. kadang2 rasa rendah diri ni leh jadi pemangkin untuk kita jadi lebih maju… tul tak?

    Reply

  6. huda —> memang rendah diri merupakan salah satu sifat yang positif dan negatif.. benar tu..rendah diri yang melampau kadang-kadang menyebabkan kita akan sentiasa ke bawah…

    Reply

  7. nak minta pdgn zool ni. citernya mcm ni.. kat ofis sya nie smua pn orang2 veteran jadi staff baru juz sya sorang je. sya ni klu ngan kwn2 bnyk ckp jg tapi bila dah masuk ofis terus jd bisu.. sya juz ckp benda2 yg penting je ngan staff kat ofis.. mcm rasa rendah diri la pla nak bercakap ngan dorang. tapi situasi mcm ni membuatkan sya boring sendiri. x suka situasi mcm ni klu 24 stay d ofis, 24 jam la sya x ceria.. nak jg dlm keadaan yg ceria tp x tau mcm mana nak berciter nagn dorg. boringny duk kat ofis klu mcm ni.. mcm mana sya nak mengatasi keboringan dlm ofis ni.. mcm nak pindah keja je..

    Reply

  8. noni —> okaylah sebenarnya saya bukan lah seorang yang pandai dalam memberikan pandangan atau motivasi.. Secara jujurnya saya memang seorang yang rendah diri yang amat namun kadang-kadang kita perlu memikirkan situasi yang bakal kita hadapi kelak…
    Walaupun saya bukanlah jenis peramah namun kita cuba juga untuk bergaul… Ini ada beberapa tips :-

    1. Jangan tunjuk pandai.. Cuba-cubalah bertanya sesuatu tentang kerja walaupun kita tahu tentang sesuatu.. Biasanya manusia ini bangga kalau kita bertanya dengan dia…
    2. Cuba untuk menjadi pendengar yang baik.. Tumpukan perhatian dengan apa yang ingin dibicarakan oleh staff anda.. Mungkin kadang-kadang topik yang ingin dikatakan tidak menarik minat anda tetapi cuba2lah..
    3. Cubalah bertanya pasal pengalaman staff veteran ni terutama waktu rehat.. Saya memang suka mendengar pengalaman hidup veteran ni.. Tak semestinya menjadi panduan hidup. cukup sekadar untuk jadi satu kisah untuk diingati..
    4. Satu lagi cara yang sering saya buat tapi tidak digalakkan.. Chatting.. He he he.. Ini memang saya lakukan menggunakan ym dan gmail.. ianya dapat membantu kita menambah rakan dan mendapat sikit panduan.. tak semestinya mereka memberi pendapat sekurang2nya ada tempat untuk diluahkan…

    AMARAN !! :- Jangan pindah kerja jika anda tiada tanda2 untuk mendapat kerja di tempat lain.. Sentiasa pikirkan masa hadapan dan bukan masa sekarang.. Itu sahaja… yang baik dari ALlah dan yang buruk dari saya selaku insan yang selalu melakukan kesalahan.

    Reply

  9. zool, entah kenapa kdg2 rs rendah diri pd aku membuatkan aku stress dan kesal dgn diri sendiri. Aku nak lari dr bersa rendh diri, tp bukan mudah. Aku tahu aku ada potensi yg besar kalo aku mampu buang rase rendh diri ni…tp aku selalu terhalang dgn rase malu, rendah diri yang amt sngat dan x pandai bergaul dgn org sekeliling dgn cepat berbanding org lain. Aku nak atasi, mcm2 perkra ku cuba buat, cthnya cuba jd ramah dgn org sekeliling, tp sehari dua lepas tu, aku jd mcm asal semula. Perasaan rendah diri ni lebih terasa bile aku berhadpan dgn org yg lebih tggi jwtn dr aku…tensionnya, skrg ku dpt bos baru yg sama umur dgn aku, perempuan, dia ni jenis aggresif, aku tgk dia btl2 pandng rendah pd keupyaan aku wpun aku seorg yg kuat bekerja n berpenglmn. Enthlah…

    Reply

  10. Pingback: Cara Mengatasi Rasa Rendah Diri « motivatorkonseling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

72,321 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge