Rempeyek

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… Ada sihat ker?? Harap-harap begitulah..

Kejap je masa berlalu kan.. Dah bulan Disember 08.. Tak berapa hari je lagi akan ke tahun 2009.. Apa yang telah dicapai dan belum dicapai?? Masing-masing fikirlah sendiri..
Hari ni saya terasa nak menulis mengenai satu makanan jajan tradisional iaitu ‘Rempeyek’. Rasanya ramai dari kita (orang Kampung) yang mengenali makanan ni.. Memang makanan ni cukup ranggup dan sedap dimakan terutamanya ketika melayan Sinetron Sulaiman (dah abis citer dia.. Huhuhuhuhu).. Kalau Hari Raya Aidilfitri memang rempeyek akan disambar berbanding kuih moden yang lain.. Walaubagaimanapun ada mitos yang mengatakan bahawa kalau makan rempeyek akan timbulnya ohbulan ‘bulan’ dimuka.. Tak paham?? Ada orang kata kalau makan bebanyak rempeyek akan timbul jerawat di muka.. Tak tau le kebenarannya dari segi saintifik sebab muka saya pun memang banyak lubang-lubang.. Huhuhuhuhuhuhu…

Sambil-sambil tu bersama ini disertakan klip dari youtube mengenai cara buat rempeyek.. Amacam ada berani nak buat??


Gambar ini di cilok dari Saifulislam ( sori ye.. )

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :5092
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

10 Responses to “Rempeyek”

  1. megatNo Gravatar says:

    mak mertua kau handal bikin rempeyek! eheh. aku paling suka rempeyek yang ada ikan bilis.

    skang ni pun klu yang dijual byk yang tiada ikan bilis

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    aku pun suka rempeyek neh jugak
    rangup dan soodapppppppppppppppp hehe :)

    Reply

  3. papabearNo Gravatar says:

    nampak sedapppp….

    Reply

  4. zoolNo Gravatar says:

    megat–> mak mertua aku handal bikin rempeyek?? confuse tu.. Ko kenal ke mak mertua aku?? Aku pun tak kenal camne ko boleh tau>???
    KNizam –> aku selalu layan beli kat kedai Kesang… ada orang Kesang buat.. nak survey mana tau boleh layan banyak2..
    papabear –> memang sedap kot

    Reply

  5. chuckiesdNo Gravatar says:

    mmg sedap rempeyek ni beb…selalau jumper masa kejer kawin atau hari raya..kalau yg pandai buat tu…mmg menduga pemakanyer…kadang2 satu balang pun bley layan…

    Reply

  6. myadlanNo Gravatar says:

    actually bukan mkn rempeyek dtg jerawat..

    sebenarnya kacang tu kan ada kandungan minyak nye..
    so nanti muka bertambah minyak, bertambahla jerawat.. sekian

    myadlan.. prihatin! hehe

    Reply

  7. Betul la kate myadlan tuh..kacang yang berterabur atas rempeyek tu yang menyebabkan naik jerawat.Saye kalau mkn rempeyek yg byk sgt kcgnye,selalu sedekah je kacang lebih2 tu kt orang lain..hehe.. favourite saye,rempeyek ikan bilis + kacang hancur yang dibuat oleh atuk saye..sgt sedap..

    Reply

  8. JimmyNo Gravatar says:

    Zool, tak kan sekadar ajar buat tempeyek je. Tak nak jual ke? (cam kuihtradisional.com)

    Aku masak megi boleh la.

    Reply

  9. titanNo Gravatar says:

    hoho..aku suka makan benda nih. murah plak tu.

    Reply

  10. elonNo Gravatar says:

    zool,awak org kesang ke…saya ni org kg sebelah tu jer..hehehe…
    rempeyek tu nampak cam berselera je..nk try jgk..

    Reply

Leave a Reply