Relevankah Kejohanan Skuasy Terbuka KL NIcol David CIMB ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
su 04 1
image hosting

Pada 26-31 Mac 2012 akan berlangsung kejohanan Skuasy Terbuka KL Nicol David CIMB 2012. Kejohanan itu bakal menarik penyertaaan 16 pemain skuasy wanita terbuka dunia. Ia juga dinaiktaraf dengan tambahan hadiah wang tunai daripada US$50,000 pada tahun lepas kepada US$60,000.

SUmber Berita :- Bernama

Relevankah Kejohanan Skuasy Terbuka KL Nicol David CIMB ni? Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa saya memberikan tajuk yang agak negatif ini. Sebenarnya saya merasakan bahawa kejohanan ini baik untuk sukan skuasy tapi yang kurang menyenangkan bila kejohanan ini dinamakan semula dari Kejohanan Skuasy Terbuka KL CIMB kepada Kejohanan Skuasy Terbuka KL Nicol David CIMB.
Kenapa perlu menukar nama dengan memasukkan Nicol David di dalamnya? Memang kita akui bahawa Nicol David merupakan lagenda dalam sukan skuasy , tapi tidak adil menggunakan namanya ketika beliau merupakan salah seorang peserta yang bertanding. Bayangkan apa persepsi peserta lain yang bertanding? Pasti ada yang kurang senang dengan situasi ini. Dan bayangkan pula bagaimana kalau beliau kalah secara mengejut? Pasti situasi ini tidak digemari oleh beliau.
Pada saya, kalau ingin menggunakan nama seorang lagenda dalam sebarang kejohanan seeloknya penama tidak bertanding. Ini sekaligus bagi mengelakkan keraguan atau mencalarkan reputasi penama tersebut.

Memang agak mengejutkan sebab kebiasaannya kejohanan menggunakan nama bekas pemain yang telah bersara. Paling tidak pun, kejohanan ini tidak disertai oleh pemain tersebut.

Apa pula pandangan anda? Mungkin ada pendapat berbeza.

Sekian.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

8 thoughts on “Relevankah Kejohanan Skuasy Terbuka KL NIcol David CIMB ?

  1. Macam tu ke, bro?
    Memang pelik, janggal dan tak pernah dibuat orang
    Harap mereka mengubahnya

    1. ye la.. tak tau le pernah buat ke tak..
      tapi tak sesuai la.. dah le dia main.. lain le kalau dia tak main dalam kejohanan tu

  2. Dengar dalam berita tadi nak hargai Nicol, tapi aku rasa better buat piala Nicol untuk competition berlainan, competition yang Nicol sendiri tak join.

    Tunggu je dia bersara paling bagus..haha

    1. tu le.. kalau nak buat piala nicol tu boleh tapi dia tak boleh la masuk … kan ke tak best kalau dia menang.. tapi kalau dia kalah dah tentu malu pula…

  3. Saya tiada masalah dengan nama kejohanan seperti ini kerana dalam sukan golf sudah lama dibuat.

    Mungkin disini masih belum dipraktikkan secara meluas.

Leave a Reply