LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Rekod 100meter kebangsaan masih milik Watson Nyambek

Setelah hampir 2 bulan isu mengenai rekod kebangsaan tergantung akhirnya Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) telah memutuskan bahawa rekod 100m kebangsaan masih kekal di tangan Watson Nyambek.
Catatan pelari muda negara, Badrul Hisyam iaitu 10.29 saat telah diputuskan dalam mesyuarat khas tidak sah untuk direkodkan sebagai pemegang rekod kebangsaan.

badrul-hisham

KOM dalam jawatankuasa tersebut mengambil keputusan tersebut setelah meneliti laporan dari Persatuan Olahraga Brunei Darulsalam, Persekutuan Olahrata Antarabangsa (IAAF) selain jawatankuasa teknikal badan induk itu.
Catatan yang dilakukan oleh Badrul ketika Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah ASEAN di Brunei, November lalu tidak sah akibat pegawai olahraga Brunei meletakkan alat pengukur angin di kedudukan yang salah.

Ini bermakna rekod Watson Nyambek yang dilakukan pada tahun 1998 dengan catatan 10.30 saat masih kekal selaku rekod kebangsaan. Watson yang kini mengendalikan kelab olahraga The Flying Dayak di Sarawak mengharapkan agar Badrul tidak kecewa dengan keputusan ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya juga menasihatkan agar KOM mengambil pengajaran tentang isu ini dan membuat keputusan yang cepat jika berlaku masalah di masa hadapan. KOM juga perlu bekerjasama dengan pihak penganjur bagi memastikan kejohanan yang disertai mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh badan induk olahraga.

Pandangan kami , isu ini telah selesai dan pihak KOM perlu menumpukan pada tugas utama melahirkan atlet-atlet olahraga bertaraf antarabangsa. Mengenai rekod, mungkin mereka perlu membimbing pelari-pelari berpotensi untuk mencapai sasaran mereka. Semoga Badrul mampu mengapai pingat pada kejohanan di peringkat senior pula nanti.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Rekod 100meter kebangsaan masih milik Watson Nyambek

Leave a Reply to Fyda Noh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)