Teknik Belajar Lelong di Internet
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum.. Semoga hari Isnin ini memberikan keceriaan kepada anda semua terutamanya mereka yang bekerja.. Ye lah biasa hari pertama kerja mesti semangat berkobar-kobarkan..

Oo hampir terlupa pula saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara shuth  yang mengendalikan sempoihosting  kerana dalam tempoh kurang dari 24 jam hosting saya telah diupgrade..
Terima kasih atas perkhidmatan anda..
Okay mula kembali kepada topik asal iaitu ‘reject’.
Apakah agaknya makna ‘reject’?  Mengikut sepengetahuan saya maksud ‘reject’ ialah permohonan atau permintaan seseorang itu ditolak atas sebab-sebab tertentu.. Pastinya kita pernah mengalami keadaan di’reject’ ini.. Dan sudah tentunya keadaa kecewa merupakan perasaan yang akan menembusi diri kita apabila direject.
Sudah semestinya berbakul-bakul makian ingin dihamburkan kepada orang yang me’reject’ kita. Namun setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebalinya..Cuba kita lihat J.K Rowling dalam menghasilkan buku berhantunya ‘Harry Porter’, idea beliau sebenarnya ditolak bulat-bulat oleh kebanyakan penerbitan sehinggalah diterima oleh sebuah penerbitan.
Dan hasilnya?? Mungkin semua orang tau bagaimana hebatnya sambutan orang ramai terhadap buku beliau itu..
Saya sendiri selalu mengalami situasi di’reject’ ini dalam banyak perkara namun saya anggap ini merupakan salah satu dari proses kehidupan..

Asyik bercerita pasal direject, bagaimana pula ketika anda me’reject’. Pastinya keadaan ini tidak semudah yang disangkakan. Dalam keadaan untuk me’reject’ pastinya anda mengalami keadaan yang sukar kerana ia melibatkan perasaan seseorang. Sebagai contoh, anda ingin me’reject’ karya seseorang yang anda rasakan tidak bermutu namun dalam masa yang sama anda perlu menjaga hati pengkarya tersebut.
Sudah semestinya anda berbelah bahagia lebih-lebih lagi individu yang bakal di’reject’ merupakan seorang yang anda kenali.. Bagaimanakah anda menangani situasi ini??
Harap-harap bolehlah kita berkongsi keadaan samada di ‘reject’ atau me’reject’…

p/s :- Minta maaf terpaksa guna perkataan ‘reject’ kerana rasanya lebih sesuai dari perkataan ‘ditolak’.

8 Responses to “Reject”

  1. kena reject?! adat seorang usahawan, atau sesiapa pun kena reject. tak semua orang setuju dengan apa yang kita bawa. kalau lah semua orang boleh setuju dengan apa yang kita ketengahkan, senanglah hidup ni…bukan mudah nak berjaya.tapi untuk berjaya kena bermula dengan langkah pertama. dan apabila ditolak, anggaplah ia merupakan satu proses pembelajaran..

    [Reply]

  2. terima kasih bro.. sekarang tengah bebaskan minda.. biarkan ringan… untuk terima sesuatu yang baru… biar lebih segar..

    [Reply]

  3. zool,

    Selalu mendapat rejection, akan membuat diri kita lebih kuat dan keputusan kita lebih firm.

    Jangan ditangisi rejection sebab ada hikmah disebaliknya. Tak kiralah rejection dalam bentuk dan situasi mana, rejection akan membuatkan kita lebih berhati2 dalam memilih dan membuat keputusan.

    Pun begitu rejection akan membuatkan kita kecewa dan terhiris. Namun dengan kekecewaan dan kelukaan itu kita akan bangkit dengan semangat yang baru.

    Ceria2 selalu dik. Jgn malu sangat ok.

    Hehehe…dah ada beberapa paragraph…keep it up ok

    [Reply]

  4. zuhairy –> biasalah zuhairy.. lumrah hidup .. tak semestinya apa yang kita nak tu kita boleh dapat..
    sodep —> sabar bro.. lepaskan sahaja….
    ktom —> betul tu.. saya akan sentiasa lebih berhati-hati..

    [Reply]

  5. selalunya kalo kena reject ia berkaitan dengan tidak sehaluan citarasa. mereka berkenan,kita terpaksa reject. kita pulak yang berkenan, mereka pulak yang reject.

    ish apa yang saya tulis nih..?

    [Reply]

  6. pasal reject mereject ni,byk cerita tapi… saya suka mereject diri sendiri sebelum sesuatu terjadi.Contohnya,saya akan reject diri sndiri untuk memberi peluang kepada orang lain.Kalau saya sudah jadi jutawan (mudah-mudahan),bagi peluang kawan2 yang lain untuk tampil jadi jutawan pula.bg2lh cetanya.Kalau saya seorg pemandu Jet,saya akan tekan reject button untuk menyelamtkn diri jika berlaku kemalangan.selamatlah saya dgn payung terjun. :)

    [Reply]

  7. Reject? Macam kene reject dengan awek je? Yang ni aku master sikit..

    [Reply]

  8. titan —> berapa banyak pengalaman ko??

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>