LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ratu BMX, Quraataina sudah bersedia ke SUkan SEA Manila

Sukan basikal lasak seperti BMX bukanlah pilihan bagi kebanyakan wanita namun itu adalah sukan yang menjadi pilihan Noor Quraataina Mamat.
Noor Quraataina Mamat , pelumba berusia 23 tahun sudah bersedia untuk menghadapi acara BMX Supercross dalam kejohanan Sukan SEA Manila 2019.
Jaguh BMX berasal dari Dungun Terengganu ini bertekad untuk memperbaiki pingat gangsa yang dimenangi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Ia juga merupakan catatan sejarah selepas menjadi peserta wanita pertama memenangi pingat dalam acara BMX di Sukan SEA.
Beliau juga mahu menebus kekecewaan gagal beraksi di Sukan Asia 2018 kerana mengalami masalah gegaran otak sebelum ini.

Dalam melakukan persiapan tersebut, beliau sanggup berkelana ke Korea Selatan untuk memperbaiki teknik tunggangan bagi mencapai impian mengondol emas di Sukan SEA 2019 di Manila.
Beliau yang sebelum ini pernah menolak tawaran pengajian Diploma Sains Sukan di UiTM Pahang mula mengambil serius dalam sukan ini selepas meraih emas pada Kejohanan BMX Kebangsaaan di Melaka pada tahun 2012.

Ligakampung.com mengucapkan syabas kepada Quraataina kerana telah bersedia awal. Semoga beliau berjaya mencapai cita-cita. Bukan mudah untuk menyertai acara yang kurang popular di Malaysia ini. Lebih-lebih lagi baharu sahaja sembuh dari kecederaan. Ia boleh menjadi pembakar semangat bagi gadis muda ini untuk meneruskan karier dalam sukan BMX ni.

Teringat lagi masa zaman kami muda-muda menunggang BMX.. Tak sangka pula sekarang ni ada pula wakil negara dalam sukan ni. Perempuan pula tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.