Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Rashid Sidek terima anugerah Datuk

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Bekas pemain perseorangan lelaki negara Abdul Rashid Mohd Sidek menyifatkan anugerah Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk diterima sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021, menaikkan semangatnya untuk terus menyumbang bakti dalam pembangunan badminton negara ini.

“Alhamdulillah, saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan yang mencadangkan nama saya, untuk menerima gelaran Datuk.

“Ini mungkin kerana jasa dan sumbangan kerana mengharumkan nama negara dalam sukan badminton seperti menang Piala Thomas (pada 1992) dan pingat gangsa Sukan Olimpik (di Atlanta pada 1996),” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau merupakan antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 hari ini.

Seorang lagi bekas pemain badminton negara Cheah Soon Kit, yang meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 1996, turut menerima anugerah PMW.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam sidang media khas hari ini berkata, tarikh istiadat pengurniaan sedang dimuktamadkan.

— BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)