LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Rapid KL sediakan perkhidmatan bas ke Sepang untuk saksikan Moto GP Sepang

Minggu ini Kejohanan Grand Prix Moto GP Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan berlangsung. Jamal memang minat nak tengok MotoGP kali ini apatah lagi dah dapat tiket free dari seorang kawan ni.
Jamal bukan budak KL tapi hari Jumaat nanti nak kena singgah KL dulu. Kalau ikutkan biasanya jalan ke Sepang tu memang akan jem jadi pengangkutan awam adalah kaedah terbaik untuk pergi ke litar tu.

Dengar khabar Rapid KL akan sediakan bas bagi memudahkan peminat pergi ke SIC. Tiket bas sudah dijual di stesen-stesen LRT utama seperti di KLCC, stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT KL Sentral.


Harga tiket dari KLCC dan KL Sentral ke SIC adalah RM20 untuk perjalanan sehala dan RM38 bagi tiket pergi balik, manakala RM12 bagi perjalanan sehala dari KLIA 2.

Memang best lah kalau dapat tengok Hafiz Syahrin dan Khairul Idham Pawi beraksi di Litar Sepang ni. Harap-harap kedua-dua pelumba motosikal negara ni dapat mempamerkan aksi yang baik dan boleh mendapatkan mata yang banyak.
Kalau boleh dapat naik podium lagi bagus. Boleh kita melompat-lompat kat sana tengok aksi diorang nanti.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Rapid KL sediakan perkhidmatan bas ke Sepang untuk saksikan Moto GP Sepang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)