LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ranking Pemain Badminton Malaysia jatuh

Nampaknya cabaran pemain badminton Malaysia untuk melayakkan diri ke sukan Olimpik tampak sukar dimana tiada pemain kecuali pasangan beregu campuran negara (Chan Peng Soon /Goh Liu Ying) sahaja yang berada dalam ranking 10 terbaik dunia.
Peng Soon/ Liu Ying menduduki tangga kelima namun masih belum selamat bagi pasangan bebas ini manakala 2 lagi pasangan campuran negara iaitu Goh Soon Huat/Shevon Lai Jemie menduduki tangga ke 13 manakala Tan Kian Meng/ Lai Pei Jing di tempat ke 18.
Berdasarkan kedudukan semasa, peluang untuk pasangan beregu campuran mempunyai wakil di Tokyo agak cerah berbanding kategori lain.

Dalam acara beregu, Aaron Chia/ Soh Wooi Yik pula mempunyai potensi selepas berjaya melangkah ke akhir Kejohanan All-England dan kini menduduki tangga ke 11.

Dalam acara perseorangan pula pemain terbaik negara iaitu Lee Zii Jia yang berada di kedudukan ke 20 diikuti Liew Daren dan Chong Wei Feng. Lagenda badminton negara, Lee Chong Wei pula menduduki tangga ke 190 dan agak mustahil untuk melayakkan diri ke Olimpik berdasarkan ranking terkini.
Ia berbeza dengan skuad jiran, Indonesia yang mempunyai pemain seperti Anthony Ginting dan Jonathan Christie yang berada di ranking ke 7 dan 8. Ini menunjukkan betapa jauhnya pemain muda negara yang masih belum mampu bersaing dengan pemain handalan dunia.

Lee Zii Jia

Mengikut syarat kelayakan Olimpik, kedudukan ranking adalah penting untuk melayakkan diri ke temasya paling berprestij itu.
Setiap negara hanya dibenarkan mempunyai maksimum dua wakil sekiranya mempunyai pemain yang berada dalam 8 terbaik.
Sekiranya Malaysia ingin mencapai pingat dalam Olimpik ini, pastinya mereka perlu bersiap sedia dari sekarang. Berdasarkan keadaan sekarang , agak sukar untuk meneruskan legasi mendapat pingat seperti sebelumnya.
Tetapi apa pun boleh berlaku sekiranya berlaku perubahan yang baik dalam kalangan pemain itu sendiri.

Sumber :-The Star

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)