LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ranking Malaysia naik lima anak tangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Walaupun tidak berjaya mempertahankan kejuaraan di Piala AFF Suzuki 2012 namun ranking FIFA Malaysia meningkat dari tangga ke 163 dunia bulan lepas ke posisi 158. Walaupun ada peningkatan tapi sebenarnya skuad negara berada pada ranking ke 148 dunia pada awal Januari 2012. Ini menunjukkan betapa peningkatan ranking itu bukanlah sesuatu yang dibanggakan.
Di kalangan pasukan Asia Tenggara, skuad Harimau Malaya masih berada di kedudukan keenam di belakang Vietnam (131) , Thailand (136), Filipina (147), Singapura (154) dan Indonesia (156).
fifa ranking malaysia disember2012
picture hosting

Sumber :- BERNAMA

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan bolasepak negara. Walaubagaimanapun kemungkinan ranking meningkat disebabkan penyertaan skuad kita dalam Piala AFF dan berjaya menumbangkan skuad Indonesia. Bayangkan kalau kita mampu menjuarai kejohanan ini. Sudah pasti kita mampu naik 10 anak tangga mungkin. Apapun, skuad Harimau Malaya baharu yang diambil nanti akan memberi prestasi yang lebih membanggakan dan mampu meningkatkan lagi ranking prestasi.

Sekian

Please follow and like us:
error0

11 thoughts on “Ranking Malaysia naik lima anak tangga

  1. kena buat sesuatu yang boleh mengubah segalanya. kalau perlu diubah presidennya, ubahlah. mungkin itu jadi penyebab kepada kegagalannya selama ini. kalau perlu diganti pemainnya, gantilah..

  2. Yes.. yes.. Malaysia atas Lesotho… Errr.. kat mana tu? he he… Nampak gaya ranking ni dipengaruhi oleh berapa banyak kali game antarabangsa kita main. Ya lah, semua yg main di AFF Suzuki mcm naik rangking jer walaupun tak menang.

  3. kekadang, aku tak paham orang kita. ranking dah naik. bising gak. ranking turun..marah..bila kalah..marah..bila menang..pun marah dan tak puas hati juga..aduhai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)