Ranking FIFA (29/11/2018 ) Malaysia naik ke tangga ke 167

Beberapa siri kemenangan dalam perlawanan persahabatan dan juga di Kejohanan AFF 2018 nampaknya memberi impak kepada skuad negara apabila ranking menapak dua anak tangga ke tangga 167 pada hari ini (Khamis).
Berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF 2018 juga memberikan mata tambahan kepada skuad yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe apatah lagi skuad negara berjaya menumpaskan Myanmar yang menduduki ranking ke 139 dunia itu.
Ini memberikan petanda positif bagi skuad negara walaupun tangga yang didakinya tidak terlalu banyak. Dalam ranking Asia, skuad Harimau Malaya masih kekal di kedudukan ke 35.

Kami di Ligakampung,com amat berbangga dan berharap agar skuad negara mampu memenangi Kejuaraan Piala AFF 2018 ini. Sekiranya mampu menang pastinya langkauan ranking dapat dilakukan dengan lebih cepat. DI ASEAN sendiri skuad negara berada di tangga kelima di belakang Filipina (114), Thailand (118), Myanmar (139), Indonesia (160) dan Singapura (165).
Mungkin boleh melangkah melepasi Singapura seandainya Piala AFF 2018 ini mempunyai mata. Ranking ini penting bagi memberikan ruang kepada para pemain tempatan untuk mendapat peluang beraksi di Liga luar negara.
Tanpa ranking yang baik mungkin sukar untuk menyaksikan para pemain tempatan beraksi di Liga Eropah dan pastinya siri ‘Mencari Ramli’ hanya menjadi angan-angan kosong sahaja.

Sambil-sambil tu Ligakampung.com juga mendoakan agar skuad negara yang akan bertemu Thailand pada Sabtu ini mampu membenam cabaran skuad lawan. Beraksi di gelanggang sendiri pasti memberi kelebihan. Apatah lagi sekarang ni kita dapat lihat permainan skuad negara sedikit berubah dengan melakukan pendekatan mengawal bola dengan lebih baik berbanding kaedah dahulu yang terlalu cepat melakukan hantaran.
Biarpun menentang Thailand berbeza berbanding menentang Myanmar namun skuad negara perlu membuktikan kemampuan mereka. Diharap percaturan Tan Cheng Hoe mampu membuahkan kemenangan di tempat sendiri sekaligus membawa bekalan selesa untuk bertandang di tempat lawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives