BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » sukan » Ranking badminton pemain negara , Datuk Lee Chong Wei melepaskan takhta pemain no 1 dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Setelah menghuni ranking pemain no 1 dunia selama 191 minggu, akhirnya Datuk Lee Chong Wei terpaksa menyerahkan takhta tersebut kepada musuh ketatnya, Lin Dan dari China. Ranking terbaru yang dikeluarkan pada 21 Jun 2012 ini banyak berpunca dari masalah kecederaan beliau pada tahun ini. Setelah mengalami kecederaan bahu , kecederaan buku lali pula mengakibatkan markah beliau statik dan dirampas oleh Lin Dan yang pernah menghuni takhta tersebut dari tahun 2004 hingga 2008.
leechongweilindan
free picture hosting

Dua pemain China, Chen Long dan Chen Jin masih kekal di tangga ketiga dan keempat. Walaubagaimanapun kedudukan Chong Wei di Olimpik tidak terjejas kerana undian dan pemberian status pilihan dilakukan berdasarkan ranking yang diambil pada 3 Mei lalu.

Antara pemain negara lain yang menghuni 10 tangga teratas badminton adalah bagi kategori beregu dimana pasangan utama negara, Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong menghuni tangga ke 6 manakala pasangan beregu campuran yang meningkat naik Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menduduki tangga ke 8. Bagi kategori lain, tiada pemain yang menduduki 10 tangga teratas.

Berikut merupakan ranking 10 pemain badminton terbaik dunia (hanya kategori yang mempunyai pemain Malaysia )
rankingbadminton
image upload

Ranking 10 pemain badminton perseorangan.
rankingbadmintonberegu
upload images

Ranking 10 pemain badminton beregu
rankingbadmintonberegucampuran
photo hosting

Ranking 10 pemain badminton beregu campuran

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :972

7 thoughts on “Ranking badminton pemain negara , Datuk Lee Chong Wei melepaskan takhta pemain no 1 dunia

  1. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    nasib kita..bila sorg jer yg power..pelapis x der lak sbgai pengganti..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le pasal.. dah sorang je kat situ. yg china melambak

    Reply

  2. hannaNo Gravatar says:

    Mak cakap, tak selalu kita berada di atas. Sedih ar.. hukhuk

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul la tu

    Reply

  3. tehrNo Gravatar says:

    pemain asia masih menguasai sukan badminton
    hanya beberapa orang je pemain eropah

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang camtu .. tapi pemain malaysia agak kurang..

    Reply

  4. titanNo Gravatar says:

    takpe..leh kejar lagi tu..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge