Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Rambutan di sana sini

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Siapa tak kenal rambutan?? Rasanya semua mengenali buah-buahan yang berserabut ni.. Sesuai dengan namanya ia dipenuhi dengan rambut-rambut di badannya. Saya terasa ingin menulis pasal buah rambutan bila melihat ramai yang menjual buah rambutan di sana sini. Dekat rumah saya pun ada sebatang pokok rambutan yang lebat buahnya.. Antara rajin dengan tidak je.Kalau dikenangkan masa lalu, pernah meniaga buah rambutan di depan rumah masa zaman-zaman muda belia.. Memang seronok terutama bila ramai yang singgah untuk membeli rambutan.. Tapi itu dulu, sekarang di rumah hanya tinggal sebatang pokok sahaja.. Itupun dulu pernah dipotong-potong dahannya bagi mengelakkan tumbesaran yang melampau. Apa pun sekarang ni jarang sekali makan buah rambutan .. Makan banyak-banyak nanti batuk.. Okay cukup dengan mukadimah, kita terus ke info..

Credit Picture and Badwith :- The Road Not Taken
Terliur tak??

Rambutan (Nephelium lappaceum L) adalah tanaman popular dan digemari rakyat di negara ini dan kebanyakan penduduk rantau Asia. Ia sejenis buah-buahan bermusim dan boleh ditanam sekeliling kediaman atau dusun.

Pokok rambutan boleh mencapai ketinggian sehingga 20m dan mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang. Pokok dari baka cantuman mempunyai batang utama besar dan pendek. Dahan utama rendah dan terbuka. Kulit dahan dan batang berwarna perang tua serta bertompok putih kecil. Daun rambutan berbau harum sedikit, tidak mempunyai petol dan sepal berwarna kuning muda dan berkilat dan sedikit berbulu. Bunga jantan dan betina terdapat berasingan dalam sejambak. Untuk pembentukan buah, pokok rambutan memerlukan proses pendebungaan berkacuk dengan serangga sebagai agen pendebungaan. Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat dan berukuran lebih kurang 5 cm. Tempoh masak adalah dari 100 hingga 130 hari . Isinya manis dan berjus, berukuran lebih kurang 2.5 cm panjang dan 1.5 cm lebar.
Terdapat beberapa varieti yang ditanam di Malaysia, namun hanya enam varieti sahaja yang popular iaitu R134, R156 (Muar Gading), R162 (Ong Heok), R170 (Deli Cheng), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling). Keenam-enam klon ini berbeza dari segi bentuk buah, isi dan tahap kemanisan.

Sumber : – Jabatan Pertanian Manjung, Perak

Hm banyak gak info yang tak pernah saya ketahui terutama tentang jenis-jenisnya.. Biasa main balun je makan.. Kalau ikutkan maklumat rambutan kat rumah saya jenis R134.. memang best.. Korang nak layan?? Datang le rumah.. Melambak takde sapa nak makan tu..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 62
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

18 comments to Rambutan di sana sini

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>