Raja Lawak 4 penyingkiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Kredit Picture :- Murai

Saya baru lepas tengok rancangan realiti Raja Lawak 4 episod kedua di mana penyingkiran dilakukan. Nampaknya peserta yang sering bersama gitar, Aman ( bukan Amanz.my ye). Secara amnya peserta kali ini lebih baik dari Raja Lawak 3 tapi seperti sebelumnya keputusan pengundian sms pastinya akan memberi kontroversi. Jika pada Raja Lawak 3, Amir dan Man Belon menjadi bahan ketidakpuasaan, untuk kali ini mungkin JD. Apataknya pada permulaan dinyatakan bahawa undian beliau merupakan yang teratas sedangkan lawaknya kurang sampai sehinggakan juri, Din Beramboi pun terpaksa memberi kritikan negatif… Kita tengok saja camne keadaannya lepas ni..

Untuk persembahan kali ini, antara yang menarik perhatian ialah Idlan. Kalau anda menonton episod pertama pasti akan teruja tengok beliau membuat sequel watak ‘Abang Kassim’. Cuma mungkin perlu mengikut nasihat juri, Afdlin agar menggunakan bahasa yang mudah difahami. Saya juga tabik dengan Mamu, Willi (terkejut bila di 3 tempat terakhir). Rasanya boleh pergi jauh lagi ni..

p/s :- Sesekali bermain keyword Raja Lawak. Tengok camne boleh kena atau tak…

———————————————–
Penyingkiran minggu pertama :-
Tiada penyingkiran
Penyingkiran minggu kedua :-
Aman
Minggu ketiga :-
JD
Minggu keempat:-
Willi
Minggu Kelima
Faiz
Minggu Keenam
An-2
Minggu Ketujuh
Caca
Minggu Kelapan
Tiada Penyingkiran

Minggu Kesembilan
Mamu

———————————–
Keputusan akhir Raja Lawak 4
Pemenang : Kecik
Tempat Kedua : Idlan
Ketiga : Alex…
Syabas semua

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3632
Both comments and pings are currently closed.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

16 Responses to “Raja Lawak 4 penyingkiran”

  1. amanNo Gravatar says:

    dia keluar sebab nak tolong update blog aku. haha~

    zoolNo Gravatar Reply:

    he hehe.. kira oklah tu..

  2. beliamudaNo Gravatar says:

    dah start eh raja lawak 4? nak kena usha tak utube nih.

    zoolNo Gravatar Reply:

    dah start 2 episod

  3. Hopefully tahun ni Raja Lawak lebih mantap. Baru kick sikit. :)

    zoolNo Gravatar Reply:

    diharap begitulah.. juri pun mantap..
    cuma harap juri lebih berani kritik.. nampak ada sikit kureng.. cuma afdlin ada sikit pedas

  4. blinkkyNo Gravatar says:

    Nampak best…Rugilah, kat sini tak de Astro =)

    zoolNo Gravatar Reply:

    takpe boleh layan youtube

  5. idlan beesssttt kan3? hehe. and suke kecik jugak.
    btw kalo x silap mamu tu plajar usm, school of arts. best2. penah tgk dorg perform live b4 masa raja lawak. mmg lawak la..

  6. Haliq nieNo Gravatar says:

    Incik2 semua…minta maaf ya. Seriously, pendapat sy RL4 paling teruk skali. Sori ya,mmg sy rasa takde sorang pun tau buat lawak bijak/spontan.Dan cara dia tarik audience naik stage masa di Shah Alam uptown kmaren sgt lah kurang ajar.10 jari sy susun minta maaf,sy tak pernah ada sejarah benci/meluat lepas tgk hiburan.Apa lg komedi.Tp sy kna tgk.Sbb sy minat komedi.Sy jg kna support.Klo bukan “kita” siapa lg kan.Tp kali ni aduhh..idea kentut,korek idung,jerit2 di mic dah ketinggalan zaman.Takde quality la bang.Tak suka langsung la RL4 ni.Umpama takde audition,takde tapis,mcm main humbat masuk je semua pesrta RL4 ni.Sedih dan memalukan. Sorri ya ckp camni.Sy cuma nak support comedian kita tp kalau lawak cipan(bodoh) sgt..mcm mana la bgsa lain nak terima citerasa ni :( Sy budget RL4 boleh masuk antarabangsa tp nampaknya smpai bila2 la standard badul & mr os. Well…a’kum semua.

    ps: Kalau ada pendpt antara kita yg bercanggah sila lah komen.Tp sy harap cara yg matang la ok.

  7. Haliq nieNo Gravatar says:

    Btw JD yg tersingkir..wpun mmg dia lawak utk keluar hari ni tp ada perserta yg lagi patut keluar la. Cthnya Faiz. Dia tau idea dia tak klaka sbb tu dia tak bole abiskan.Mcm mana boleh tak ready?Tgk la..homework,research,assignment pun tak siapkan bila dah tiba dateline.Mmg diorang bukan comedian yg profesional dan tak ada cita2 utk cuba naik taraf wpun peluang dah depan hidung. Tu yg sy ralat. Sy tak kata nabil bagus, tp kita bole nmpak yg dia perform. Ada hati utk brjaya.Kalau tak…..takkan laa smpai afdlin shauki nak simbah air kat kepala sendiri??Nmpak nya dia pun stress dgn lawak2 low standard ni.Tak cukup dgn tu,ada pulak peserta yg gelap2 tu claimed keluarga dia miskin.Pastu yg gemuk2 tu pandai2 speech utk donation dari semua peserta. Hah sudah!!Program lawak dah tuka jadi “Bersamamu”.Bersyahdu2 nangis2 mintak simpati kat TV.So Astro dtg rumah dia all the way kat Perak.Tp rumah batu,makan cukup,so miskin apakejadaaaaa!Sorii ye mmg sy takle terima bab tu.Bkn cacat,Bkn sakit,tp berkemampuan.Dua2 org tua dia normal!!Adoo…ok la kwn2.Sy harap apa yg sy kata ni masuk akal sbb mmg takde niat nak mgata siapa2..cuma ralat je dgn showmenship so called “lawak” thn 2010 ni. Frust sgt.Takle blah. Peace out!

  8. art 2010No Gravatar says:

    Akhir tahun saya akan retire. Umur semasa itu akan menjangkau standard retirement age. Ada pengalaman dalam seni tapi tidak sepenuhya kerana tugas.Pernah menonton secara live RL dan juga pernah menghadiri RL 3 final show. Saya ingin beri sedikit komen tentang program RL yang diusahakan oleh ASTRO. Ucapan syabas kepada penerbit dan kakitangan yang terlibat menjayakan RJ sepanjang program. Walaubagaimana masih ada kelemahan sedikit sebanyak yang perlu diperbaiki dalam menjayakan RJ setiap musim. Perubahan perlu dibuat terutama pentas, pengacara dan panel penilaian supaya tidak membosankan setiap musim.Contohnya pentas tidak semesti diukir dengan prop bercorak sama sepanjang musim.
    Saya mecadangkan pentas boleh dicorak dengan dua cara,
    1. pentas zaman 60an dan peserta mesti membawa watak zaman 60an. Bahasa pun mesti bahasa Baku.
    2. Pentas kosong tidak di hiaskan dengan apa apa prop hiasan, cuma lampu sport light di pancarkan kepada peserta sahaja. Peserta berlawak secara global.

    Peserta tidak perlu terbongkok2 kalau hendak mengayakan watak berumur atau tua untuk berlawak.

    Harusnya peserta dibuka pada yang tua dan muda untuk menyertai program RL.

    Pengacara tidak payah over sangat untuk melawak.

    Panel Juri yang juga tenaga pengajar mesti membantu memberi idea yang tidak sampai menjadi lawak bodoh.

  9. abgjasNo Gravatar says:

    hi zool,
    aisey…abgjas x tengok program tu so x brp tau peserta2 kali ini. abgjas hanya tengok musim pertama je dulu – musim zizan hehe..

  10. tukang kritikNo Gravatar says:

    RL 4 mcm taik…thn depan xyh wat la…membazir msa jer..klu nk wat jgk cuba cri juri yg mantap mcm RL 1 2 dan 3..nak tgk pn mcm malas je skrg…xde yg lawak lgsg..

    poppye gorengNo Gravatar Reply:

    betul tu tukang kritik, aku pun menyampah tengok raja lawak 4..mcm hampeh. sukar nak gelak.. tengok rl3 aku dpt la jugak gelak tiap2 kali tgk sepah, jihan dan paling tak pun tgk muke man belon ( kalau man belon masuk rl4 boleh menang la kot)..

    juri raja lawak 4 mengada2..mcm nak tumpang glamer..depa patut nye menjadi tukang komen membina.. ni ntah amende..depa la plak nak buat show.. wei..kalo nk buat show ..pi mintak kat astro.. tu pun kalo depa nak mengabih boreh tgk lawak korang yg tak kelakar tu..

    tenage pengajar pun lemau..maybe bak kata din beramboi, “korg bergaduh gaji kita byk tu jugo” kalo mcm ni pnuye otak memang la tak ke mana program apa pun.. pe jadah cari org otak x maju mcm ni.. buat keje kreatif bkn mcm keje kerani.

    juri yg mantap aku agak tak mesti org yg pelawak saja..maybe pak badul, ghau2, haron salim bachik dan zaibo contoh mereka yg ok… dan mungkin adlin aman ramlie, aznil, ( sekadar menyebut beberapa nama yg pernh muncul).. malang nye yg ade ni, tiga2 puin ntah apa2. .

  11. saya sangat frust bila kumpulan Kecik duduk di bottom two ahad lepas. Pada pendapat saya kumpulan Kecik memang happening dengan lawak mereka. Bersahaja dan fresh. Lawak yang lain dari pelawak biasa. KUmpulan mamu bagus jugak tapi lawaknya agak ketinggalan zaman. Terlampau meniru pelawak2 veteran dan tidak ada lawak tersendiri. Lagi pulak kita dah terlampau lama terdedah dengan lawak orang Utara (no offence ye orang utara) sampaikan mamu punya lawak terikut ikut lawak orang utara yang biasa kita tonton di TV. So no originality dah.

    Alex is not bad. Dia boleh buat stand up komedi. Tapi tak ramai yang ‘cepat tangkap’ lawak Alex. Idlan sekarang dah tak menyengat seperti mula mula dia keluar. Dua minggu kebelakangan ini dia seperti sudah ketandusan idea. Which is bad la, pada saya seorang komedian tidak boleh kekeringan idea. Seorang pelawak perlu mempunyai idea yang flow dan tidak meniru idea pelawak2 lain.

    Anyways, maggi saya dah kembang… selamat menonton episode yang akan datang