LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Rafiq rangkul gelaran kedua dalam masa 24 jam

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Pemain boling kebangsaan, Rafiq Ismail memenangi gelaran kedua dalam masa 24 jam selepas merangkul kejuaraan pada kejohanan Jelajah Persekutuan Boling Asia (ABF) kedua di Hong Kong, hari ini.

Juara bertahan dunia itu menewaskan rakan sepasukan, Tun Hakim Tun Hasnul Azam 266-247 dalam acara lelaki akhir melibatkan pemain Malaysia di SCAA Bowling Centre untuk gelaran Jelajah ABF pertamanya, menurut laman web rasmi ABF, www.abftour.com.

Satu-satunya pemain Malaysia yang telah memenangi gelaran Jelajah ABF Hong Hong sejak 2004 adalah bekas pemain boling negara, Kang Bo Long pada 2012.

Semalam, pemain berusia 22 tahun itu menewaskan rakan sepasukan, Ahmad Muaz Fishol untuk meraih gelaran kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Hong Kong ke-45 di venue sama, gelaran ketiganya musim ini selepas memenangi Terbuka Singapura bulan lalu dan Masters Jelajah Boling Eropah di Madrid, awal Julai.

Hari ini, Rafiq memulakan pemburuannya dengan mengalahkan Dhruv Sarda dari India 289-252 pada pusingan pertama, sebelum mengetepikan pemain tuan rumah Oscar Poon 240-199 dan pemain Filipina Enzo Hernandez 267-229 pada pusingan kedua dan separuh akhir dalam format kalah mati.

Tun Hakim pula menewaskan rakan senegara, Muhammad Hafiz Zainuddin 257-228 pada pusingan pertama sebelum menyingkirkan pemain Arab Saudi Adel Al Barqi (256-255) dan Sari Jazaeri (211-137).

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi pemain wanita Malaysia dalam acara wanita, selepas pemain boling negara Nora Lyana Nastasia Norkamal tewas kepada Lara Posadas-Wong dari Filipina 171-203 di final.

Nora Lyana sebelum itu menewaskan pemain Hong Kong Chan Shuk Han (246-202) pada pusingan pertama, Mades Arles dari Filipina (247-178) pada pusingan kedua dan seorang lagi pemain pilihan tuan rumah, Gigi Leong, (277-226) di separuh akhir.

Juara membawa pulang USD300 (kira-kira RM2,054), manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing merangkul USD300 dan USD150.

Pusingan ketiga dan terakhir Jelajah ABF 2019 dijadual pada 18 Ogos, sehari selepas kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Taiwan dari 11 hingga 17 Ogos.

— BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)