LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Rafiq Ismail rangkul pingat emas Masters Boling Tenpin Asia

Pemain muda berusia 19 tahun, Rafiq Ismail melakar kejuatan apabila memenangi pingat emas acara Masters lelaki di Kejohanan Boling Tenpin Asia, Hong Kong baru-baru ini.
Rafiq yang bermula pada kedudukan ke 10 di blok pertama dari lapan pusingan pada Selasa lalu berjaya bangkit untuk menamatkan perlawanan di tangga kedua dengan jumlah 3,681 untuk mara ke playoff tiga pemain.

Pada perlawanan akhir , Rafiq berjaya menumpaskan pilihan utama Michael Mak dari Hong Kong dengan keputusan 197-159 dan 214-2013 di Pusat Bowling SCAA.
Beliau juga melakar sejarah menjadi pemain Kedua selepas Andrian Ang pada tahun 2008 yang berjaya menjuarai kategori Masters bagi Kejohanan Boling Tenpin Asia.

Selain beliau, Malaysia juga memungut pingat emas melalui Timmy Tan dalam acara perseorangan lelaki dan Sin Li Jane/Ester Cheah dalam acara berpasangan wanita.
Rafiq juga berjaya merangkul 2 gangsa dalam acara berpasangan dan berpasukan dalam kejohanan ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)