LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Qu Puteh Henti taja Kelantan Musim Depan

Jodoh antara pasukan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan syarikat penaja utama, Vida Beauty Sdn Bhd tidak panjang.
Selepas diasak dengan kontroversi penaja utama pasukan itu musim ini sudah menyatakan hasrat untuk menamatkan penajaan.

Sebelum ini, Qu Puteh bersetuju menaja Kelantan selama dua musim bermula tahun 2016.Walaubagaimanapun, pengasas syarikat tersebut Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sudah tawar hati dengan prestasi pasukan Kelantan dan juga merasakan pelaburannya dalam skuad The Red Warrior tidak berbaloi.

Ligakampung merasakan elok kiranya dibatalkan sahaja penajaan berdasarkan KONTROVERSI yang berlaku pada musim ini. Pasukan Kelantan perlu mengetahui PENAJA yang bersesuai bagi mengelakkan isu-isu campurtangan penaja berlaku lagi pada musim hadapan.
Semoga ia juga menjadi iktibar bagi pasukan bola sepak lain agar mempunyai perjanjian yang logik untuk membangunkan pasukan mereka. Mungkin lagi 10 tahun, Ligakampung.com boleh taja pasukan bola sepak kot. Siapa tahu?

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)