LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Qabil minta bantuan

EKUIN berpengalaman negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 berdasarkan prestasi semasa dan pungutan mata diperolehnya pada kejohanan kelayakan setakat ini.

Namun impian itu mungkin berkecai selepas dia yang berpangkalan di Denmark didapati tinggal melebihi visa 90 hari dan dihantar pulang ke Malaysia oleh pihak berkuasa negara itu, hujung Ogos lalu serta dihalang memasuki Eropah.

Sehubungan itu, dia berharap kemelut dihadapinya dapat diselesaikan segera untuk membolehkannya kembali ke Eropah bagi menyertai baki enam kejohanan kelayakan yang akan berakhir Disember ini.Menurut Qabil, sejak Januari hingga September lalu lebih 10 pertandingan kelayakan disertai dan masih berbaki enam lagi bagi mengumpul tambahan mata seperti ditetapkan Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI).

“Oleh kerana saya tidak dapat masuk ke Eropah lagi, maka saya hanya tinggal satu pertandingan di Moscow akhir bulan depan.

“Jadi saya tidak boleh kumpul tambahan mata, tapi atlet lain boleh. Inilah masalah saya sekarang, tambahan perbezaan mata tidak jauh antara penunggang pertama dan kedua.

“Satu pertandingan boleh tentukan tempat pertama, kedua dan ketiga. Saya memerlukan sekurang-kurangnya empat pertandingan kelayakan saja lagi,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Qabil kini di kedudukan ketiga terbaik Asia sekali gus mencerahkan peluang untuk layak ke Tokyo 2020.

Sumber :-HMetro

Kami Di Ligakampung.com mendoakan supaya ada bantuan untuk Qabil yang ingin layak ke Sukan Olimpik. Bukan mudah untuk menyelesaikan masalahnya tetapi diharap ada pihak berkaitan dapat menghulurkan bantuan. Agak merugikan kerana Qabil merupakan atlet yang berpotensi untuk mencabar di Sukan Olimpik 2020 nanti.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)