Qabil habiskan RM1juta ke Sukan Asia

Atlet ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil, sanggup berkorban wang ringgit demi negara untuk menyertai Sukan Asia Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September ini.

Ia bagi persiapan dan penyertaan ke temasya itu dengan perbelanjaannya mencecah RM1 juta.

Pengorbanan itu juga dilakukan Qabil demi terus memperjuangkan sukan ekuestrian di negara ini.

“Termasuk persiapan saya seorang untuk ke Sukan Asia, saya harus mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM1 juta.

“Ia termasuk bayaran kepada jurulatih, penghantaran kuda dan latihan. Semuanya di bawah tanggungan saya tanpa sebarang pembiayaan,” katanya.

Ini juga bukan kali pertama Qabil menggunakan dana sendiri untuk memastikan penyertaannya dalam sesuatu pertandingan.

Dalam Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu, Qabil menggunakan kuda baka Jerman yang bernilai RM1 juta.

Qabil, yang baru sahaja tiba di tanah air dari Jerman semalam, akan berlepas ke Indonesia, Sabtu ini.

Sumber :-Stadium Astro

One thought on “Qabil habiskan RM1juta ke Sukan Asia

  1. mahal betul sukan ini…

    hanya mereka yang kaya dan mewah sanggup melibatkan diri..

    bagi mereka yang belum kaya…

    sekadar berjogging pun dah kira bagus sangat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.