Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Credit Pic and Bandwith :- Thosedarnaccordions.. Gambar tiada kaitan dengan entri.. Hanya hiasan..
Mungkin ada di antara pembaca semua yang meminati dengan sukan bowling ni.. Nampaknya pusat bowling terbesar di Asia Tenggara dengan 52 lorong telah dibuka di Ayer Keroh, Melaka. Melaka International Bowling Centre (MIBC) telahpun dibuka pada Julai dan dijangka akan dirasmikan pada 1 Ogos 2009 ini. Pusat bowling ini terletak di kawasan Melaka International Trade Centre(MITC). Nampak gayanya lepas ni ramailah yang akan datang ke kompleks bowling ni memandangkan ianya dekat. Bolehlah saya mengajak topo dan chokilala melayan 2- 3 frame..
Bagi peminat bowling pula, diberitakan bahawa satu Kejohanan Boling Piala Dunia Qubica AMF ke 45 akan diadakan di sini. Mesti ramai pro-pro boling yang saya langsung tak kenal akan bermastautin di Melaka.. Lepas ni kalau ada sesiapa datang Ayer Keroh boleh ajak ke sana .. Ops tapi lepas waktu pejabat dan hari cuti ye tau.. Jangan nanti ramai pula pekerja kerajaan melepak lalu ditangkap kat sana…


mak aihhhhh besar giler. sayup2 je kalau from lane 1 ke lane 52 kan. hehe
Reply
zool
Reply:
July 24th, 2009 at 01:28
memang besau gile.. tapi aku lum masuk lagi..
tak tau le kalau esok diorang nak ajak main kat sini.. tgh free lagi ni,,
Reply
time aku dah pindah gi durian tunggal time tu la dia nak bukak… hohohoho
Reply
zool
Reply:
July 24th, 2009 at 01:29
ooo ko dah pindah durian tunggal ek.,..
ala kalau boring ko pegi le panjat Auyin Hill tu.. aku tak penah pun panjat lagi.. lalu dah beratus kali
Reply
ntahnye. kalau bukak dulu, kelas gap je main bowling. hari-hari pun main bowling. hoho
Reply
zool
Reply:
July 24th, 2009 at 01:30
bagus le tu.. report ngan Prof Bakar nanti
Reply
wah best ni. tak de la tertunggu-tunggu kalau nak main bowling.
Reply
zool
Reply:
July 24th, 2009 at 10:27
biasa main kat mana ?
Reply
52 lorong.. banyaknya.. ada sapa2 pernah pergi.. ke siapa ada foto boleh uploadkan ke fotopages ke.. cantekkk gak.. (aku main boling aim longkang jek..)
Reply
jaga-jaga adik.nanti jatuh.susahkan mak bapak je.
Reply
wouwou….
aku org melaka gak weyh.,. hehe
x bese lah men boling.. xnak2.. malu je nti. huhu
Reply
Nanti bolehlah pergi.itu pun kalau bapa saudara dekat melaka sihat sejahtera.
Reply
bila yer tarikh pertandingan boling peringkat dunia tu akan diadakan ….. nak adjust cuti…nak lepak kat sana.
Reply
saya rasa kat seberang perai ada satu lagi pusat boling yang juga mempunyai 52 lane lorong permainan
Reply
zool
Reply:
December 5th, 2011 at 17:13
baru ke??? mungkin tak diwar-warkan kot..
Reply