Puchong United BC kekalkan Kejuaraan Purple League

GENTING HIGHLANDS, 27 Jan (Bernama) — Kelab Badminton Puchong United (Puchong United BC) berjaya mempertahankan kejuaraan Purple League apabila menundukkan Kepong BC 10-6 pada perlawanan akhir di Arena of Stars, di sini, hari ini.

Kemenangan hari ini menyaksikan Puchong United BC meraih hadiah RM520,000 dan trofi kejohanan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong dan Ketua Pegawai Eksekutif Purple League Datuk Jack Koh sementara Kepong BC membawa pulang RM265,000 .

Dalam aksi hari ini, Kepong BC bertindak garang apabila pemain kebangsaan, Soong Joo Ven, menumpaskan Goh Giap Chin 3-1 (8-11, 11-6, 11-6, 11-10) dalam acara perseorangan lelaki.
Perseorangan wanita, Deng Xuan memberikan kelebihan apabila menjadikan kedudukan PUBC 4-3 selepas menumpaskan rakan senegara dari China Qin Jing Jing dengan keputusan 3-0 (11-10,11-10,11-6).

Pemain beregu Mak hee Chun/Tan Boon Heong memberikan mata tambahan selepas menumpaskan pasangan Mds Conrad Petersen/Rian Agung Saputro dengan keputusan 3-1( 5-11, 11-9,11-10,11-10).
Pasangan beregu campuran Hye Won Eom/Chun Man Tang mengesahkan kemenangan miik Puchong United BC selepas mendapatkan kemenangan 3-2 menumpaskan Yee See Cheah/Ricky KarandaSuwardi dengan keputusan 11-7, 10-11, 10-11, 11-10, 2-1.

 

Kredit Gambar : FB Purple League

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.