Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Beberapa hari yang lalu saya menulis mengenai bayaran balik PTPTN di mana saya merayu melalui emel dan surat kepada PTPTN agar tidak dikenakan tindakan memandangkan pembayaran ada dilakukan cuma tidak konsisten.
Nampaknya emel saya di balas. Ianya seperti berikut :-
Untuk makluman,
Peminjam hendaklah membayar semua jumlah tuntutan. Rayuan untuk membayar sebahagian tidak diterima, walau bagaimanapun PTPTN boleh menerima bayaran sebahagian tanpa prejudis dimana Tindakan lanjut masih boleh diambil terhadap peminjam.
Sekian.
Nampak gayanya terpaksa menggunakan pelan ‘B’. Nampak gaya terpaksa mengorek tabung ASB. Makin berkurang dan makin lambatlah untuk ……. Tapi tak mengapalah, saya perlu juga mengambil keputusan samada membiar sahaja atau membayar RM2 ribu lebih bagi menyelesaikan tunggakan .. Bukan selesai penuh. Penuh ada lagi RM13 ribu lebih. Kalau bayar penuh alamat tak de harapanlah kawan-kawan nak rasa nasi minyak si ZOol nanti.. Huhuhuhuhuhu..
Kepada kawan-kawan di luar sana, adakah anda pun mendapat notis seperti yang diterima oleh si Zool. Adakah anda akan membayarnya atau buat tak tahu??
RSS Feed
Twitter



October 27th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


bila la ein dpt byr blk ptptn…keje pun x lg…hutang ptptn je dh leh wat bli keta…adeeiiii
Reply
zool
Reply:
October 27th, 2009 at 22:04
sabo.. pelan2 nanti mampu le .
Reply
memang serabut kalau ade hutang ni kan ..sabar zool…cuba setkan kat cimb online tu untuk recurring payment supaya tak terlupa bayar atau ambil personal loan untuk settlekan ptptn …berbaloi ker?
Reply
zool
Reply:
October 27th, 2009 at 22:05
tak tau sama ada lepas ni nak buat potongan gaji ke..
personal loan?? no no no no tak berbaloi.. gali lubang tutup lubang tak mau..
kena keluau simpanan dan struggle blogging..
Reply
Secara rasionalnya ,hutang perlu dibayar.Namun bukan ker itu tanggungjawab sosial kerajaan kepada kita,dimana kita menyumbang tenaga untuk pembangunan,selain perlu membayar cukai.Peminjam yang berkhidmat di luar negara yang sepatutnya perlu diwarankan untuk membayar semula…
Reply
zool
Reply:
October 27th, 2009 at 22:08
betul tu.. tapi nak buat camne.. ini sistem negara kita ikutkan je..
lagipun hutang mesti dibayar juga..
Reply
Salam. Sy TIDAK AKAN MEMBAYAR balik pinjaman PTPTipu sehingga tamat belajar. Kalau bayar tiap2 bulan pun, kenaikan kadar 3% tetap berterusan. Jadi, buat apa bayar dulu iye tak?
Sy bersetuju dgn mrQurie. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menampung keperluan pelajar Malaysia yang memerlukan. Bukannye membebankan mereka. Ini ke dikatakan “Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan”? Nampaknye TIDAK bagi PTPTipu.
Reply
zool
Reply:
October 27th, 2009 at 22:09
walaupun apa jua alasan.. Hutang tetap perlu dibayar..
aku pun tak setuju dengan kadar 3% tu tapi sebagai penghutang kena bayar juga…
kita pun dah sign kan..
Reply
berfikir sebelum beri pendapat..
Reply:
November 16th, 2009 at 17:18
sy plak tak setuju dgn pndapat tu..smpai bila kita nk jadi rakyat yg asyik mengharap subsidi&’tgjawab kerajaan’?bila sebut pasal loan belajar yg ada interest sket,semua kata terbeban..tapi bila nk berhutang beli kereta buat loan 45k kena bayar 57k or beli rumah loan 100k byr 200k,xde plak nak komplen?kita kan rakyat yg sentiasa ‘memerlukan..’.jgn lupa,dgn loan ptptn la kita dpt degree,dpt keja yg baik or ada peluang upgrade jd lbh baik,ada pndapatan baik&insya’Allah mampu la beli keta/umah..so pk baik2,jgn tau komplain je..
sy percaya 200%, kalau ptptn xde 3% pun ramai peminjam akan anggap ‘terbeban’ jugak..sudahnya jd mcm peminjam jpa&mara,xde interest pun ramai buat2 lambat nk byr,selagi xkena tndakan..
Reply
faizalrsd
Reply:
December 23rd, 2011 at 09:47
yela.hutang wajib bayar.kalau rasa interest mahal,jangan apply loan belajar.diorang tak paksa pun.aku rasa tak ada negara dalam dunia ni mampu bagi loan free untuk rakyat dia.income negara kita ni kecik je.kalau PTPTN free,ramai yang tak habis belajar.lenjan loan sampai habis.
Reply
malas nak komen lebih-lebih.nasib aku ada simpan semasa sekolah lagi.
Reply
zool
Reply:
October 27th, 2009 at 22:09
baguslah .. dapat bayar cepat
Reply
nak muntah dengar “TANPA PREJUDIS” yuckkkksssss…ptp tipusss, 1% pun payah nak kira… fail!!! anyway saye dah bayar, cuma… tunggu2 1% ni ape kes? “TANPA PREJUDIS MENIPU”
Reply
zool
Reply:
October 29th, 2009 at 23:16
nak buat camne.. ikut kan je la..
saya pun baru bayar tunggakan tu..
malas nak panjang2 lagi
Reply
aku dah dapat surat..belum bayar lagi nampaknya.uhuhu..memang makan interest banyak gile..loan 19K jadi 23K..pandainya..huhu..
gaji dah la cipout, nampaknya kena wat income blogging juga la nak bayar pelan2..huhu
Reply
redha je ..
Reply:
November 16th, 2009 at 17:00
kan masa sign tu awal2 kita dah baca kena bayar berapa&berapa tahun kena bayar…ptptn nk rolling duit juga utk bagi pinjam kat adik2 kita.pndai sain pandai la tanggung,…nmpak je mcm mahal tapi still ok lg sbb bayar dlm ms 10-15thn..
kalu loan keta pinjam 44k bayar 57k,bayar xsmpai 10 tahun,3bulan x bayar keta kena tarik, nape xde sapa komplen?tapi kalau loan belajar, ada interest sket je dah mcm2 org maki hamun…kan?
Reply
Bro,aku pun ada lompang2 bayau PTPTN tapi takder terima apa2 surat.Aku bayau minima jer PTPTN.Lantak ler….Baru jer bayau downpayment kete.
Reply
zool
Reply:
November 5th, 2009 at 16:48
sori lambat balas.. er surat kat kg tak dpt ke???
Reply
btul eh kalu bg mtk rayuan die x layan eh?
sy pon dlm rm2k gak tu. plan nk g oversea next year.. huhu. cmne ek?
Reply
zool
Reply:
November 5th, 2009 at 16:49
dalam emel tu dia kata tak layan..
tapi saya dah bayo tunggakan akaun kat epay.ptptn.gov.my tak update pun..
Reply
dh byr potong gaji, tp ni yg mse mule2 grad dulu. b4 ptong gaji, biaselaa cilok gak. huhu. xsgka.. sib baik tau awl. kalu x nayelaa kna tahan kt imgresenn.
Reply
sekali pandang mmg nampak cekik darah. tapi awal2 masa sign kita dah baca term&condition. berapa kena bayar sebulan,berapa tahun kena bayar etc..awal-awal masa sign pun dah nampak bebanan utk membayarnya..
senang cakap, kalau tanak susah, tak payah amik ptptn…dulu sanggup sain kenapa sekarang baru nak kecoh?jgn bagi alasan terdesak sbb xde peminjam lain, selaku cerdik pandai yang mampu masuk U anda sepatutnya fikir ke depan,rancang masa depan awal2. tanya dulu diri sendiri mampu atau tidak nak bayar lepas grad kalau dah bekerja atau belum bekerja.sy dah melalui zaman tu, sebelum sain bila tnya kawan2 semua jawab,’sain je dulu, soal bayar balik kemudian cerita,lambat lagi pun’. mengakulah kebanyakan peminjam pun mcm tu kan?
alah..yg xde interest mcm JPA & MARA pun peminjam tak nak bayar jugak..majoriti(bukan semua!) rakyat msia mmg bermentaliti mcm tu- selagi bole elak/tangguh bayar utang selagi tu tak kan bayar …
Reply
mcm mana pulak kes nya yg tidak abis belajar dan tengah menganggur skrg ini…dpt ka PTPTN membantu dlm situasi ini….bagaimana cara lain utk c penghutang melangsaikan hutang kepada PTPTN… ( insan yg serba salah )…
Reply
bole guna duit kwsp utk bayar ptptn. tapi utk perjanjian selepas 2001 saje, kalau x salah.
Reply
zool
Reply:
June 19th, 2010 at 20:08
ooo ye ker.. tak tau plak..
Reply
oppss pembetulan..bukan ‘kalau x salah’. tp mmg cnfrm. kawan saya baru je bayar loan master dia mggunakan kwsp. tp degree xdpt bayar sebab perjanjian before 2001. cuma byk dokumen sket la nk urus itu ini…
Reply
zool
Reply:
June 19th, 2010 at 22:21
bagus la tu.. tq for info
Reply
Bern
Reply:
August 13th, 2010 at 12:30
saya lagi,
kawan kamu yang baru bayar loan master dia guna kwsp tu boleh kluar kan kesmua duit dalam akaun 1&2 kwsp ke?
Reply
saya lagi
Reply:
August 16th, 2010 at 00:02
kalau x salah cuma akaun 2 kwsp saje bole keluar, tu pun x smua. mula2 dia dptkan dokumen dr ptptn baper hutang yg tggal(cth 2k), bawak dokumen tu ke kwsp. nnt kwsp akan byrkan 2k terus ke ptptn. kita tak bole cashkan duit&bayar sndiri. pastu dia bagi la surat kat kita kata dah bayar..tp x ingat la plak bape lama dia proses..tp katanya,bole guna cara ni utk perjanjian selepas 2001 saje…
Reply
salam..
saya nk tnya.. sy baru start keje n sampai surat saman suruh naik makamah sebab x byr g ptptn. rasa baik g or x makamah nti? kos bayaran guaman 2 kena tanggung sendiri. kalau g or tak g kat makamah nti sama x bayaran guaman 2?
Reply
zool
Reply:
October 2nd, 2010 at 20:54
try tanya pihak ptptn sendiri. tak berani bagi komen
Reply
askum…..nak tanya ari 2 kan interest ptptn dah tukar 1% so bg yg sign perjanjian 3% 2 bila pula nak jadi 1%? kena wat surat kat ptptn dulu ke?….buntu…..
Reply
zool
Reply:
November 10th, 2010 at 11:29
tak pasti plak. boleh try tanya ptptn terus kat emel ni webmaster@ptptn.gov.my
Reply
me
Reply:
November 10th, 2010 at 11:37
kalau x salah, kita kena submit application utk turunkan 1% tu online, tp ikut peringkat2..cth, org yg pinjam tahun 2003, dia kena start apply online bulan nov 2010 ni(contoh la). mcm sy pinjam lbh kurg tahun 2000, start apply online bulan januari depan, kalau x salah. pastu dia akan pos aggrement baru kat kita, kita sign&pos balik.yg tu leh cek website ptptn. pastu ptptn akan selaraskan balik interest yg dikurangkan kepada 1% tu start dr jun 2008 kalau x salah, dalam bntuk rebate.so hutang kurang sket la.sapa2 nk buat full settlement skrg pun rasanya dpt rebate..tu yg sy paham dr dia punya pekeliling la.
Reply
oo ye ke…so mcm sy mula pjam jan2007 lmbat lg la nak blh apply utk 1% 2….
Reply
me
Reply:
November 10th, 2010 at 11:47
2007 bukan dah start dpt 1% ke?cuba tgk website dia la.seingat sy yg dah pinjam dah lama lagi lambat kena apply. yg baru pinjam ni dpt apply awal 1% tu. tah2 awak dah bole start apply pun…
Reply
me
Reply:
November 10th, 2010 at 11:58
yuni, kalau 2007 rasanya awak dah start bleh update utk 1% tu dr 20 september 2010 la…
Reply
nama sy dh diblacklistkan sb pinjmn ptptn ni,boleh ke sy buat rayuan sb sy baru dpt kerja tu pun kt sawmill,
Reply
zool
Reply:
July 20th, 2011 at 16:31
try la buat rayuan.. tapi kena bayar juga baru tak blacklist…
Reply