Projek Terbengkalai
Written by zool on July 3, 2008 – 4:03 am -Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya cuma nak berkongsi beberapa projek terbengkalai yang pernah dirancang.. Minta maaflah jika ada antara anda yang sedang mencari tentang projek perumahan/ pembangunan terbengkalai tetapi tiba-tiba terbaca artikel ni pula.. Tetapi jika anda ingin tahu pasal projek terbengkalai boleh mendapatkan maklumat di laman web kpkt ..
Saya menulis tentang projek-projek yang terbengkalai adalah bagi mengingatkan kembali agar projek-projek akan datang diberi perhatian dan fokus lebih agar tidak berulang.. Berikut merupakan projek saya yang terbengkalai :-
1. Projek menghasilkan ebook.. Nampaknya perancangan pada awalnya ingin menghasilkan ebook berkenaan rumah tetapi disebabkan kesibukan disamping idea yang sering bertukar menyebabkan ianya terpaksa ‘distopkan’ dulu.. Walaubagaimanapun setelah membaca ebook Rahsia 10K Labanon bayang-bayang untuk menghasilkannya telah mula menampakkan sinarnya..
2. Projek portal penganggur.org.. Projek ini memang terbengkalai lama.. Tak mampu untuk menyambungnya.. Ingat lagi 2 tahun lalu saya telah membeli domain dan hosting .. Kononnya untuk membuat portal tetapi nampaknya ia sekerat jalan.. Tetapi dengan pelaksanaan blog ligakampung sekurang-kurangnya ada juga peningkatan.. HUhuhuhu..
3. Menjual buku lama di internet menggunakan blog/lelong… Nampaknya respons dari pembaca mengenai buku untuk dijual. masih belum berjaya.. Nampaknya percubaan untuk mendapatkan buku-buku lama dari rakan-rakan pun tak berapa menampakkan hasil.. Takpelah mungkin mereka tidak percaya dengan saya kot…
4. Ada satu lagi projek terbengkalai yang masih belum berjaya lagi tetapi ianya terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan..
Sebenarnya ada lagi projek-projek terbengkalai namun tak mampu nak tulis semuanya.. Bagaimana pula dengan anda?? Ada projek-projek yang masih tidak mampu dilangsaikan hingga kini???
Tags: Blog, cari duit
Posted in Blog, kehidupan, santai |
5 Comments to “Projek Terbengkalai”










July 3rd, 2008 at 8:13 am
aih. atas sbb2 keselamatan plak. hehe. bhy tol tue. xpegi menyorok ke? :p
artikel da diupdate. xtaw ar bro paham ke tak. redah je la kalo xphm. (topik pasal perlu igt ke tarikh perkapelan)
http://budakmerah.selamba.net
July 3rd, 2008 at 8:40 am
husyh..banyak awk.. x terkira.. tp nk kene prioritize
July 3rd, 2008 at 9:03 am
banyak projec terbengkalai aku huhu antaranya project tanam cili guna kaedah fertegasi
July 3rd, 2008 at 2:49 pm
kau sebenarnya takde fokus, bila kita tak prioritize seperti kata syia, kita tak boleh fokus. bila tak fokus, terbengkalai lah jadinya.
make one a success and then duplicate.
bukan buat banyak tapi satu pun tak berjaya
aku harap kau faham
July 3rd, 2008 at 3:49 pm
budakmerah –> tengah baca..
syia –> ye lah.. sesetengah tu dah tinggalkan..
azam–> teruskan..
azwanhadzree –> betul la wan. aku tengah cuba susun perkara yang perlu aku fokuskan.. aku mungkin akan lebih fokus pada blog je dulu sambil2 projek offline baja…