BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » Blog » Projek 100 Bloggers dari BroFramestone

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Blogger terkenal, BroFrameStone sedang menjalankan projek besar iaitu sedang mencari 100 blogger dalam bulan ini. Projek yang dilaksanakan memang cukup gempak dimana beliau akan :-

1. Mengumpul 100 blogger warganegara Malaysia. (Hm.. si Zool layak ni..)
2. Blog yang mempunyai bilangan penunjung unik sekurang-kurangnya 500 pengunjung sehari. ( Masih mampu dicapai oleh blog ligakampung ni..)
3. Blog berbahasa Melayu atau English (Hm.. blog ligakampung.com berbahasa Melayu. Blog-blog si Zool yang lain tak layak kat syarat no 2)
4. Blog yang berkualiti. Bukan blog copy-paste (erk… ada kualiti tak blog ni? Hanya pembaca yang boleh menilainya.. Tentang copy paste tu kengkadang ada juga copy paste tu…)
5. Seminggu sekurang-kurangnya 4 kali update.. ( Rasanya memang setiap hari cuba dikemaskini. kalau ada kerja luar je yang tak sempat update setiap hari).
6. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.. (Yang ni tak pasti camne ikatnya tu.. Ada je iklan nuffnang kat sini tapi takdelah ada kontrak pelbagai..)
7. Sanggup memberi komitmen dalam Projek 100 Bloggers .. (Insyaallah kalau komitmen tak menganggu kerja dan kehidupan peribadi boleh berikan kerjasama..)

Apa yang perlu dilakukan

1. Promote projek ini di blog.. (Ini yang sedang dilakukan.. Jom join dong..)
2. Isi borang di sini. (Ye lah, kalau tak isi borang camne Bro nak tangkap blogger yang berkaitan kan??)
3. Tunggu feedback dan email dari beliau.
4. Jika layak anda dipilih…. (Layak ke der??)

Okay si Zool pun cubalah untuk masuk Projek 100 Bloggers ni. Mana tau untung-untung dipilih. Boleh juga tambah sikit pendapatan.. Jadi kepada anda yang baca entri ni, cubalah sertai Projek 100 Bloggers ni. Kira bantu sesama kita. Broframestone bantu cari klient, kita bantu dia merealisasikan projek ni…Ala, bukan kena bayar pun kan?

broframestone
hosting images

Ini gambar si pengelola, BroFramestone.. SOri, gambar curi kat google. Jangan minta royalti la ek..

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :1178

10 thoughts on “Projek 100 Bloggers dari BroFramestone

  1. Izzat AzizNo Gravatar says:

    tak lepas syarat kedua..hah

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    try je .. mana tau broframestone boleh tutup mata.. hehehe

    Reply

  2. titanNo Gravatar says:

    nak join ke tak ye..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    join je la. bantu sesama blogger

    Reply

  3. samdaddycoolNo Gravatar says:

    banyak yang aku tak lepas… :D

    Reply

  4. chiiNo Gravatar says:

    chii nak join gak..tp bila fikir ttg syarat no2..terus x jadi =(

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    join je. dapat ke tidak belakang kira

    Reply

  5. zuanNo Gravatar says:

    congrats sbb terpilih :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    terima kasih.. tuan join tak??

    Reply

  6. nusratNo Gravatar says:

    bloginspiring. keep it up. and all the best for the PROJEK 100 BLOGGERS!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge