LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Program Podium – 97 atlet disenaraikan

Program Podium, satu program dimana ISN dipertanggungjawabkan untuk memberikan fokus utama kepada atlet, jurulatih dan persatuan untuk mencapai sasaran pingat di peringkat Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik.
Program ini meliputi penyediaan atlet terbaik dalam kalangan mereka yang terpilih dimana program-program akan merangkumi pemakanan, latihan, kemudahan, sains sukan dan kejurulatihan.

program-podium

Pada minggu ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengumumkan senarai 97 atlet termasuk 27 atlet paralimpik serta 36 jurulatih. Ianya melibatkan 21 jenis sukan yang telah disenaraikan dalam Program Podium ini.
Antara atlet berprofil tinggi yang tersenarai dalam rangka kerja Prestasi Tinggi Kementerian Belia dan Sukan(KBS) adalah Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Khairul Anuar Mohamad, Mohd Azizulhasni Awang, Leong Mun Yee, Pandelela Rinong dan Shalin Zulkifli.

Matlamat program berkenaan adalah bagi meraih pingat emas Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 selain mahu menyaksikan kontijen negara berada dalam kedudukan 10 terbaik Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018.
Menurut Khairy, atlet-atlet yang terpilih merupakan atlet yang diletakkan sasaran untuk merangkul pingat pada peringkat Sukan Olimpik, Sukan Asia atau Sukan Komanwel.
Beliau juga menegaskan atlet-atlet yang terpilih supaya tidak terlalu selesa dengan pemilihan tersebut kerana mungkin disingkirkan sekiranya gagal menampilkan aksi seperti yang diharapkan.

Kriteria untuk disenaraikan adalah atlet-atlet yang pernah memenangi pingat pada Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Semoga program ini ada kesinambungan dan pelaksanaannya mencapai tahap yang ditetapkan.
Jangan hanya menjadi satu lagi program yang akhirnya tidak memberikan makna apabila sasaran yang ditetapkan tidak dapat dicapai.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Program Podium – 97 atlet disenaraikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)