Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Program Pembangunan Bakat Badminton dilancar

ALOR SETAR 26 Feb. – Dalam usaha melahirkan lebih ramai jaguh badminton yang mampu menjadi pengganti kepada Datuk Lee Chong Wei, Kementerian Pendidikan hari ini menjalin kerjasama dengan pengeluar kereta nasional negara, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) bagi mewujudkan Program Pembangunan Bakat Badminton KPM-Perodua.

Dilancarkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sebanyak 70 sekolah rendah akan diangkat menjadi Pusat Pembangunan Bakat Badminton di seluruh negara yang melibatkan 140 jurulatih terdiri daripada guru-guru terpilih.

“Apa yang kami lakukan ini merupakan salah satu inisiatif kementerian di bawah pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melalui Program Tanggungjawab Sosial (CSR) Perodua.

“Seramai 2,800 peserta berusia antara 9 hingga 11 tahun akan mengikuti latihan bersandarkan modul yang ditetapkan. Angka ini merupakan satu anjakan nilai tambah kepada kementerian untuk terus mempromosikan dasar 1Murid 1Sukan (1M1S),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program tersebut di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri di sini hari ini.

Menerusi program itu, Perodua bakal memberi penajaan untuk tempoh lima tahun dengan peruntukan berjumlah antara RM1.2 hingga RM1.5 juta setahun. – UTUSAN ONLINE

Sumber :-Utusan

Ligakampung.com menyokong penuh usaha pihak Kementerian Pendidikan untuk membangunkan sukan di peringkat sekolah rendah lagi. Semoga dengan wujudnya program ini dapat mencungkil bakat-bakat muda dalam bersukan dan juga membantu untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang lebih sihat dan cergas.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)