Program Pameran dan Penjualan Perumahan Negeri Melaka

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni si Zool bertugas bagi program pameran dan penjualan perumahan negeri Melaka yang diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Antara aktiviti yang dilakukan adalah promosi rumah-rumah negeri Melaka, promosi unit-unit bumiputera yang tidak terjual, maklumat mengenai Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan dan skim rumah Pertamaku.

Antara yang menarik adalah mengenai Skim Rumah Pertamaku. Kita baca maklumat mengenainya:-

Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia

Kelayakan
Warganegara Malaysia
1.Pembeli rumah pertama
2.Individu berumur sehingga 35 tahun
3.Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
4.Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan
5.Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

Kelayakan Harta
1. Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
2. Nilai minimum hartanah RM100,000
3. Nilai maksimum hartanah RM220,000
4. Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan
1. Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun
2. Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
3. Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
4. Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)
5. Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Permohonan
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat.

Sumber dan maklumat lanjut sila ke Website Skim Rumah Pertamaku

Bila baca dan perhatikan, memang ianya merupakan satu skim yang bagus untuk orang muda memiliki rumah. Namun ianya tidak semudah yang disangka. Kalau tengok kelayakan minimum harta iaitu RM100,000 bukanlah murah bagi mereka yang berpendapatan lingkungan RM2,000. Ini ditambah dengan perbelanjaan yang semakin meningkat. Kena buat persediaan rapi dari segi kewangan. Walaupun boleh mendapat pinjaman penuh 100% mereka yang ingin menyertai skim ini perlu membuat pengiraan terutamanya tentang bayaran bulanan yang akan ditanggung. Kena fikir samada mampu atau tidak agar tidak dibelenggu hutang dikemudian hari. Walaubagaimanapun skim ini memang satu inisiatif yang bagus dari kerajaan untuk menggalakkan belia membeli rumah.
Bagi promosi jualan, banyak pemaju menjual baki rumah dan ramai(terutama kakitangan kerajaan) yang mendapatkan maklumat mengenainya. Program ini hanya sehari sahaja bersempena dengan perhimpunan bulanan. Rasanya program ini berjaya dan berjalan lancar.

Sedikit gambar.. Dah ada jurugambar, jadi si ZOol malas nak ambil…Hanya ni je yang sempat disnap..

Photobucket
Gambar YAB Ketua Menteri Melaka sedang potong riben menyempurnakan program. Gambar gegar sebab tiba-tiba je Datuk Ali keluar. Tak bersedia masa tu…

Photobucket
Datuk Ali ditemuramah oleh wartawan. Susah nak dapat ‘angle’. Main snap je la.

Sekian..

p/s:- Kepada sesiapa yang ingin membeli hartanah bumiputera di Melaka sila hubungi si Zool. Insyallah, saya akan membantu anda mendapatkan hartanah yang ingin dimiliki seperti rumah kediaman (teres-banglo),lot tanah/banglo di Negeri Melaka.

Pengunjung Entri Ini :5305

6 comments:

  1. Saya ingat ini bukan senang untuk dapat pinjaman perumahan dengan syarat yang banyak. Cuma sedikit orang yang layat saja.

    Reply

  2. Salam,

    Nak tanya, bolehkah sy dptkan senarai rumah kos rendah & bawah rm 200,000?

    terima kasih.

    Reply

  3. Salam… Saya nak tanya ada x senarai harga rumah bawah RM200000 bg area sungai rambai sampai bandar melaka

    Reply

  4. saya nak cari rumah da siap/ 2nd hand 100-150k area melaka…sy nak buat combine loan dgn husband max 200k sbb gaji kami kecik ja… bleh cantact sy 013-6535916/010-4319516

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

72,377 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge