LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Program FitMalaysia Perlis jangka penyertaan lebih 7,000 orang

Program FitMalaysia merupakan program dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan rakyat Malaysia mengamalkan hidup sihat.
Pelbagai acara yang telah dirancang bagi memastikan penglibatan rakyat Malaysia dalam bersukan. Pada bulan April lalu, Melaka menjadi tuan rumah FitMalaysia dan pada 8 Mei 2016 ini Perlis menjadi tuan rumah.

Program FitMalaysia peringkat Perlis itu akan diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kuala Perlis pada 8 Mei 2016.
Program ini dijangka menarik penyertaan lebih 7,000 orang. Banyak acara yang dianjurkan untuk peserta menyertainya seperti acara basikal 30 kilometer dan larian 10 kilometer.

EXCO Belia dan Sukan Negeri Perlis, Abdul Jamil Saad berkata dalam sidang media Pra-Pelancaran FitMalaysia 2016
“Kita jangka sambutan amat baik, seperti tahun sebelum ini yang dilihat amat menggalakkan serta berjaya mendapat penyertaan lebih daripada 10,000 orang,”

Bagi orang ramai yang ingin menyertai program itu boleh mendaftar dalam talian di laman web http://www.fit.my atau RJEvent . Selain itu orang ramai juga boleh mendapatkan borang di Jabatan Belia dan Sukan Negeri sebelum atau pada 7 Mei depan.
Program itu bakal dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan akan dihadiri Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Perlis merupakan negeri ketiga melaksanakan program itu tahun ini selepas Miri, Sarawak dan Melaka. Selepas ini program FitMalaysia ini akan diadakan di Pulau Pinang dan Perak.
-BERNAMA

// Krew Ligakampung.com ada menyertai acara ketika FitMalaysia di Melaka tempohari. Memang mendapat penyertaan yang ramai dan bagus untuk menjadikan rakyat Malaysia bersukan. Satu inisiatif yang baik dari KBS.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)