Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni nampaknya banyak idea nak tu.. Tapi kena hadkan kepada 3 topik.. Takut nanti anda semua , pembaca tercinta pening plak membacanya.. Walaubagaimanapun artikel hari ni agak santai dan tenang, sesuai dengan hari cuti kan.. Tak perlu nak beremosi… Lagipun perut kenyang gi rumah terbuka/ kenduri kahwin kan.. APedehal..
Okay mula-mula setelah lebih dari setahun tanpa printer, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membelinya..Dan printer HP Deskjet F4280 menjadi pilihan hati (harap-harap ramai yang tersesat ke sini mencari info printer ni)..
Dari segi rekabentuk memang menarik tapi saya membelinya berdasarkan kegunaannya iaitu selain boleh mencetak ianya juga boleh men’scan dan memphotostat.. Dan harga pun agak-agak ok dengan bajet saya.. Tak perlu saya menyatakan berapa nilainya kerana anda boleh membeli dengan lebih murah seperti di mybids

Berikut merupakan spesifikasi
- Kelajuan : 26 page per minit itam, 20 page per minit kolor
- Mampu melakukan kerja ‘print’ 3,000 page sebulan..
- Resolusi : Lebih dari 4800 x 1200 dots per inch(dpi)
Memang agak mencabar kesabaran ketika men’setup’ printer ni..Start dari kabel yang mengconfiuskan hinggalah pemasangan katrij yang tidak betul.. Walaubagaimanapun setelah 1 jam bertungkus lumus akhirnya berjaya juga mencetak satu page.. Caiyoklah..
Nampaknya dengan terbelinya printer maka akan memudahkan saya untuk melaksanakan perkara seperti berikut :-
1. Membuat kad bisnes.. He he he.. Dari beli baik buat sendiri kan.. Save cost lagi..
2. Buat logo Ligakampung.. Scanner akan memudahkan design yang pernah dibuat.. Sebenarnya dah ada bentuk logo untuk tapi mungkin hanya sesuai diguna untuk kad.. Insyaallah ada duit lebih saya buat peraduan logo plak..
3. Selepas ini baja boleh dikomersial kan.. Nampaknya baja kompos saya yang telah melebihi 10kg tu akan dilabelkan.. Dan akan membantu mempromosikannya.. Sebelum ni cincai-cincai jual tak profesional je rasa..
Nampaknya hari ni Pestabola Merdeka.. Jadi elok kejap bercerita tentangnya..
Pestabola Merdeka
Ketika saya menulis artikel ini, kurang dari satu jam lagi pemain-pemain bolasepak Kebangsaan akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang pasukan pasukan kebangsaan Vietnam.. Diharap mereka mampu meneruskan momentum kemenangan bagi mempertahankan kejuaraan Pestabola Merdeka tahun 2008. Di atas kertas rasanya pasukan kebangsaan tiada masalah namun mereka perlu lebih berhati-hati dan jangan terlalu yakin dan memandang rendah pihak lawan.. Semoga berjaya!!
————————————-
Update terkini 12.24 mlm.. Nampaknya Malaysia kalah penalti 6-5.. Apa yang boleh saya katakan ialah ketidakmampuan pemain kebangsaan untuk menjaringkan gol walaupun mendapat banyak peluang sepakan sudut.. Nampaknya perlu ada pendekatan dari segi set piece dan counter attack.. Jurulatih perlu belajar dari Phill Brown pengurus Hull City yang berjaya mengalahkan pasukan WBA walaupun pasukan lawan banyak menguasai perlawanan.. APahal pun yang menang sudah tersurat kita saksikan selepas ini adakah pasukan negara akan bangkit…
————————-
Kerja akan datang

Kenapa letak gambar botol 100 Plus yang dipotong ni?? Mungkin ada yang tertanya-tanya.. Sebenarnya saya bercadang untuk menggunakan botol-botol tersebut sebagai pasu untuk tanaman saya.. Insyallah diharap ianya berjaya memandangkan tanaman di polibeg ada sedikit masalah..

Ini pula najis kambing yang akan digaulkan dengan habuk sabut kelapa untuk menjadi tempat tinggal YB cacing sekaligus akan menghasilkan baja vermikompos.. Dah tersadai lebih dari sebulan tu.. Kena buat cepat agar zat-zatnya tak ilang..
RSS Feed
Twitter



October 25th, 2008
zool
Posted in
Tags: 


Malaysia kalah laa..
YB cacing dh ade bape kilo dh??
Reply
Kita kalah… penalty…huhuuu…
Reply
huhu..malaysia kalah..
sempat tgk ms penalty jer..
Reply
ternak cacing ke bro??
Reply
takde gambar close up cecacing ke ek ? hehe
Reply
aku paham sgt da team malaysia ni, time org tengah nak support2 tu la, time tu la die nak kalah. kan kan? hakhak
Reply
bukan senang org kat kedai tukar channel sukan astro ke tv1 utk tgk siaran langsung bola..tapi ini balasan yang kami dapat????
Reply
uiks. bisnes cacing. lumayan tu..
pasal team bola. set piece dah ok sket. cuma penyudah takde. kita kekurangan striker yg mampu menyumbangkan gol setiap kali bola di kotak penalti..
Reply