Prestasi Sederhana Atlet pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia

Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia baharu sahaja tamat minggu lepas. Menurut Ketua jurulatih negara, Zainal Abas, prestasi atlet negara berada tahap sederhana dimana hanya satu rekod kebangsaan diperbaharui oleh atlet baling tukul besi, Jackie Wong.
“Jackie dengan catatan baru 66.01 meter menunjukkan peningkatan yang cukup baik. Saya harap dia dapat meneruskan kecemerlangannya untuk membawa cabaran negara ke Sukan Asia,” katanya kepada NSTP.

Zainal berkata, beliau memuji prestasi yang dipamerkan atlet pecut, Jonathan Nyepa yang berjaya memberi saingan kepada jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan.

“Prestasi Khairul Hafiz agak goyah ketika ini namun dia mampu perbaiki menjelang Sukan Asia nanti,” katanya.

Zainal berkata, atlet akan menjalani latihan lebih giat menjelang Sukan Asia dengan mengikuti program latihan yang sudah dirancang.

“Atlet senior masih belum mempamerkan prestasi sebenar dalam kejohanan ini namun dalam dua bulan terdekat ini kita harap mereka dapat diperbaiki,” katanya yang menambah atlet akan menjalani latihan di sebelah malam pada bulan Ramadan.

Sumber :-HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives