BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » santai » Powerkah kasut power ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Antara salah satu perancangan yang ingin dilaksanakan oleh si Zool pada bulan Julai ini adalah untuk mengurangkan kapasiti berat badan. Salah satu caranya adalah dengan melakukan senaman yang mampu membakar kalori dalam tubuh bagi memastikan tidak tergolong dalam golongan rakyat Malaysia yang menghidap obesiti. Ia pasti akan memberikan kesan kepada kesihatan ini. Menunggang basikal adalah salah satu aktiviti yang dilakukan oleh si Zool tapi nampaknya kekurangan stamina menyukarkan diri ini untuk menunggang basikal dalam jangka waktu yang lama apatah lagi nak bawa dalam jarak yang jauh. Jadi bagi mendapatkan stamina itu, aktiviti berjogging mungkin boleh dijadikan sebagai aktiviti permulaan ni.

Bila nak berjogging kenalah ada kasut yang sesuai. Kasut yang ada cumalah kasut futsal sahaja dimana ianya tak sesuai untuk berjogging. Jadi perlulah mencari kasut untuk aktiviti ini. Secara jujurnya si Zool bukan pandai sangat tentang pemilihan kasut ni, tapi cuba juga ikut tips memilih kasut jogging dalam blog ni. Walaupun tidak mengikut semua tips tersebut tapi tetap memberi manfaat.

Memandangkan bajet tidak tinggi maka kasut jenama ‘Power’ yang dipilih. Tengok rekaan dan tapaknya memberi keyakinan untuk menjadikan kasut ini sebagai alat melapik kaki sekaligus membantu diri ini menjalankan aktiviti jogging dan berbasikal dengan jayanya. Almaklumlah selama ni pakai kasut futsal je bila berjogging dan lebih teruk dari itu, hanya berselipar bila menaiki basikal. Itu yang kadangkala terasa sakit di kaki tu.
Ini gambar kasut tersebut


Amacam?? Agak-agak power tak kasut ‘Power’ ni? Harap-harap dapatlah kasut ini membantu si Zool untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik macam ‘Balloteli’ . Hahahahah…

Okay cukuplah tu. Yang penting sekarang kena buat aktiviti yang keluarkan peluh. Tak guna juga beli kasut tapi jadi hiasan kat rak.. Tak gitu?

Sekian..

p/s :- Agak-agak bila buat entri camni, syarikat Bata nak ambil tak jadi duta? Hahahahhaha. Kalau nak tengok kasut Power boleh tengok website Bata .

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :1431

10 thoughts on “Powerkah kasut power ni?

  1. MusNo Gravatar says:

    masa sekolah dulu.. main bantai jer kasut untuk joging..
    tak mampu nak beli masa tu..

    Reply

  2. Power ehhh.. zaman dulu2 ramai yg guna kasut ni.. Cuma skrg ni ramai rakyat Malaysia yg dah ada $$$ lebih sikit, so start nak bergaya dengan Nike dan Adidas :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye la.. ni untuk yang duit tak cukup byk..

    Reply

  3. beliamudaNo Gravatar says:

    Berjoging banyak sangat ni tak elok untuk lutut. Cuba pelbagaikan lagi aktiviti kardiovaskular yang lain. Berjalan mungkin lebih baik daripada terlalu kerap joging.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ini bukan kerap… ni nak dptkan time jogging pun tak tentu lagi.. huhuhuhuhuhu

    Reply

  4. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    x kiralah..jnji selesa utk jogging..beli mahal2 letak kat kaki jer..hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hehehe.. betul2..

    Reply

  5. titanNo Gravatar says:

    selain jogging, buat latihan yang lain gak. penat gak hari-hari kalau jogging aje. hoho..

    Reply

  6. Wan HamkaNo Gravatar says:

    Kasut Power memang sesuai untuk jogging, espacially untuk joggers yang baru nak mula. Sebabnya, murah, dan support kasut power dekat kaki pun ok.

    Mungkin kalau dah serius dengan jogging, say selalu buat long distance (5km setiap kali jogging), bolehlah beli kasut yang lebih baik. Sebab kasut Power x tahan kalau dibantai jogging jauh-jauh. Asics dengan Mizuno best.

    Saya kalau bab pilih kasut jogging, saya ikut petua mamat nie… Nigel Ong at JomKitaJogging.com. Dari pilih kasut ikut bentuk kaki, sampai senarai semak pastikan kasut sesuai dengan kaki, semua dia ada bincang. Mungkin bro lain kali kalau nak beli kasut power, boleh tengok link nie? hehe…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo bagus tu.. terima kasih bagi link tu..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge