Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kejohanan EURO 2012 peringkat kumpulan telahpun tamat dan memasuki pusingan suku akhir. Pada pagi ini hanya satu perlawanan antar Republik Czech menentang Portugal. Perlawanan ini penting bagi memastikan pasukan yang menang layak untuk ke peringkat seterusnya. Perlawanan yang telah diadakan pada pagi ini berpihak kepada pasukan Portugal dengan kemenangan tipis 1-0.
Siapakah penjaring gol tunggal itu? Pastinya ramai yang telah meneka iaitu tak lain tak bukan ketua pasukan iaitu Cristiano Ronaldo. Pemain termahal dunia dari Real Madrid ini menunjukkan taringnya dengan menjaringkan gol melalui satu tandukan pada minit ke 79 bagi mengecewakan pasukan Republik Czech. Walaupun 2 percubaan beliau sebelum itu terkena tiang, namun bekas pemain terbaik dunia itu tidak berputus asa dan berjaya menjadi pemusnah pada penghujung perlawanan.
Image Hosting
Tandukan gol kemenangan jaringan Cristiano Ronaldo. © PA Photos
Ia sekaligus mampu menutup mulut pengkritik yang mempertikaikan kemampuan Ronaldo yang dikatakan hanya hebat di peringkat kelab sahaja. Berikut sedikit statistik perlawanan tersebut
Republik Czech Portugal
Tendangan tepat (ke gol) 2 (0) 20(5)
Kesalahan 13 7
Tendangan Sudut 6 11
Offsides 1 3
Peratusan kawalan 44% 56%
Kad Kuning 1 2
Kad Merah 0 0
Sumber : Soccernet
Tahniah kepada peminat pasukan Cristiano Ronaldo Portugal yang pasti bergembira dengan kemenangan pasukan lawan.
Sekian.
p/s :- Adakah Cristiano Ronaldo akan terus menyinar pada kejohanan ini dan memungkinkan beliau merampas pemain terbaik dunia tahun 2012 dari Lionel Messi?? Tunggu dan lihat




[...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Portugal ke separuh akhir EURO 2012 menumpaskan Republik Czech | Blog Zool Lig… [...]
die mmg anti dgn messi..hehe
Reply
ronaldo memang tulang belakang portugal
sebagai pemain terbaik dunia, agak sukar selagi messi pada prestasi sekarang
Reply
zool
Reply:
June 22nd, 2012 at 23:24
rasa boleh cabar kalau ronaldo mampu bawa portugal menang Euro ni sebab messi tak de lagi kejuaraan untuk negara.
Reply