Portal / Website nostalgia yang masih bertahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mungkin anda semua mempunyai website/portal kegemaran. Untuk entri kali ini saya akan membincangkan 3 portal yang pernah satu ketika dulu menjadi lokasi utama ketika melayari internet. Yang menariknya, ianya masih bertahan dan menjadi semakin canggih sekali. Antaranya ialah :-

1. Virtualfriends
Photobucket
Sebelum laman sosial, facebook dan twitter menguasai diri, inilah laman komuniti yang amat digemari.Portal ini memang mempunyai komuniti yang besar dan paparan yang unik . Walaupun telah lama namun bentuk utamanya masih serupa, cuma penambahan dari segi menu-menu.. Portal VF ni memang banyak infonya. Selain dari ruangan berkenal-kenalan terdapat juga peluang untuk menonjolkan bakat dengan menulis sajak, cerita dan berkongsi pendapat. Memang laman komuniti berbahasa Melayu yang baik. Selain itu terdapat ruangan gambar yang boleh ditengok secara rawak. Kiranya bolehlah tengok gambar-gambar kenalan yang hensem/cun dengan lebih jelas.. Huhuhuhu
2. Tokeikedai
Photobucket
Tajuk macam website jual barang-barang tetapi telahan anda silap. Website ini lebih kepada perkongsian ilmu dan informasi. Seingat saya, website ini telah wujud ketika si Zool belajar di UiTM lagi kira-kira 8 tahun yang lalu. Tak silap pada awalnya, website ini lebih kepada ‘download’ lagu-lagu suatu waktu dulu tapi revolusi yang berlaku memang berbeza sekali. Kecuali pada warna kuning yang menjadi trademark,hampir keseluruhan website berubah selari dengan perkembangan semasa.. Ia juga mengumpul banyak ilmu dan komuniti yang dikongsi bersama..

3. Jiwang
Photobucket
Bunyi tajuk memang best , jiwang.. Tapi ianya tidak semestinya untuk orang jiwang-jiwang je.. Portal ini lebih dikenali sebagai pusat mendapatkan tutorial, ringtones tetapi yang paling dikenali adalah dengan ‘mp3′nya.. Banyak lagu-lagu hits dan lagu-lagu lama yang terkumpul di portal ini. Portal ini memang telah lama bertahan. Perbezaan rekabentuk juga berubah dengan jelas..

Okay cukuplah setakat ini. Sememangnya ketiga-tiga website ini memberikan kenangan pada zaman muda-muda dulu. Dan sesungguhnya kagum dengan kesungguhan pemilik yang mempu mempertahankan portal mereka dalam satu tempoh yang agak lama. Bukan senang nak mempertahankan berbanding membina yang baru..
Mungkin anda boleh tengok sendiri website/portal di atas dan nilaikan sendiri..

p/s :- Tak boleh tulis panjang-panjang.. Internet tak stabil. Lampu router ADSL ni masih kelip kelip je lagi,

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1905
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

4 Responses to “Portal / Website nostalgia yang masih bertahan”

  1. Bb HussainNo Gravatar says:

    pernah masuk gitu2 je kat semua yg zool senaraikan tu..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    dulu masa umur muda selalu gak ke sana..

    Reply

  2. [...] This post was mentioned on Twitter by Zool ligakampung, Zool ligakampung. Zool ligakampung said: Portal yang masih mesti mari… http://ligakampung.com/blog/portal-website-nostalgia-yang-masih-bertahan/ [...]

  3. LoqNo Gravatar says:

    Dulu ade jugak singgah jiwang tu :)

    Reply

Leave a Reply