Porno dalam ebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Macam 18 SX je tajuk post ni kan.. Tapi jangan salah anggap ye, bukan nak tarik traffik dengan keyword tu tapi agak terkilan dengan berita dalam Kosmo semalam.. Ringkasan berita

KUALA TERENGGANU – Sekumpulan murid Tahun Lima sebuah sekolah di Terengganu membuktikan mereka telah ‘celik IT’ apabila menggunakan komputer mini atau e-Book yang diedarkan oleh kerajaan negeri untuk menyimpan dan menonton bahan lucah.

Setakat ini 12 murid dari sebuah sekolah kebangsaan di Gong Badak telah dikesan menyalahgunakan komputer tersebut yang pada asalnya bertujuan menjadi pengganti kepada buku teks sekolah.

Ada di antara murid itu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan dengan mendakwa ia perbuatan abang mereka.

Namun, kesannya bukan sahaja komputer itu dirampas tetapi lebih teruk mereka berhadapan dengan kemungkinan dibuang sekolah.

Bayangkan betapa ruginya mereka.. Bukan mudah nak dapat ebook ( netbook kalau tak silap) . Harganya pun dalam ribuan (mungkin ratus sbb beli byk) ringgit tapi di’sia-siakan’. Zaman saya dulu berkilo-kilo menyandang beg ke sekolah. Buku teks pun tak berani nak tinggalkan kat sekolah kena bawa. Tapi pelajar ni. Dah dapat kemudahan, disalah guna plak tu.. Nampak gaya negeri-negeri lain yang ingin mengikut jejak Kerajaan Negeri Terengganu perlu berfikir 2-3 kali untuk melaksanakannya.. Bukan mudah nak kawal tu..

Berita Terbaru :–

KUALA TERENGGANU – Murid Tahun Lima di Terengganu tidak lama lagi akan mendapati mereka bukan sahaja disekat daripada memuat turun bahan-bahan dari Internet khususnya gambar lucah tetapi juga semua perilaku mereka dalam kelas dipantau menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Siri tindakan baru itu diambil beberapa hari selepas Kosmo! mendedahkan e-Book 12 murid di sebuah sekolah di Gong Badak, Kuala Terengganu menyimpan bahan seperti video dan gambar lucah.

Kos melaksanakan projek memasang perisian khusus pada 25,000 buah e-Book dijangka dilakukan oleh pengeluar mikrocip terkemuka dunia, Intel Corporation (Intel) dengan kos RM30 juta.

Gile dong ah.. RM30 juta tu semata-mata nak control budak-budak.. tapi berbaloi ke? Ntahlah.. Kita sama-sama pikirle sendiri..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :755
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

16 Responses to “Porno dalam ebook”

  1. beliamudaNo Gravatar says:

    infrastuktur kelas pertama.. mentaliti kelas ketiga..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    er.. infra belum capai kelas pertama.. berukband tak setel lagi..

    mentaliti mungkin betul.. kelas ketiga.. cam coach ketretapi plak

    Reply

  2. megatNo Gravatar says:

    apalah nak jadi dgn bebudak skang ni. sudah diberi kemudahan yang terbaik tetapi disalah gunakan. klu nulis blog xpe la jugak ha3.

    apa pun mentaliti yang perlu diberi keutamaan. sebab itulah dulu murid kelas bawah diasing dari murid kelas atas!?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu kalau menulis blog pun bagus..
    tak pun bagi je si Zool..
    blh cari idea cari duit online

    Reply

  3. SaffaNo Gravatar says:

    Tak bsyukur betul budak2 nih!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ntahla.. rugi tul..
    ada kemungkinan kena buang sekolah lagi

    Reply

  4. safarNo Gravatar says:

    Budak terlebih pandai pasal ilmu it.sebab boleh buat macam.tahu penting.takut orang malaysia ketinggalan.bila tidak tahu orang panggil buta it.dunia hoi.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le terlalu pandai..
    saya dulu masa belajo kat U baru tau buka komputer

    Reply

  5. Fatin PauziNo Gravatar says:

    Ni la faktor2 kenapa Malaysia ssh benor nak maju.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le pasal.. makin mundur le gamaknya

    Reply

  6. blowieNo Gravatar says:

    spotcheck laptop bebudak ni,sape ade porn dlm laptop diaorg,tarik balik laptop tu.

    Apa nak jadi,bagi duit disalahguna,bagi laptop pn disalahguna T_T

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    nak buat camne .. dah mentaliti camtu

    Reply

  7. kirinNo Gravatar says:

    ibu bapa kena tahu apa yang dibuat oleh anak2 sebenarnya. Kadang-kadang memang tak terlepas pandang. Tapi apa pun ibu bapa kene ade juga sikap prihatin.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu.. rugi ek laptop tu digunakan utk benda camtu.. baik blogging kan.. kalau tak dpt duit pun leh dpt byk kawan2..

    Reply

  8. Tapi jujur saya rasa,dasar bagi ebook pd pelajar ni salah satu contoh dasar yg tergesa2.Jutaan ringgit nak beli ebook lagi padahal makmal komputer sekolah tu apa cerita?Tu semua duit siapa duit RAKYAT a.k.a duit mak bapak budak yg pakai ebook tu.

    Memang la kita perlu didik anak ikut perkembangan zaman.Tetapi umum tahu kat Malaysia ni bila sebut PENGUATKUASAAN tu amatlah longgar.Masuk periksa UPSR,PMR,SPM pun tulis atas kertas gak…

    Reply

  9. liaNo Gravatar says:

    pemberian ebook patot diberi kepada semua pihak yang terlibat..contoh guru2 yg mengajar pelajar2 yg dpt ebook n EIO2 yg ditugaskan utk menyelenggara ebook di sekolah =)

    sebenarnya,mmg ade baik n buruk nya pemberian ebook kpd para pelajar..tp yg sedeynya murid2 still bawa buku teks ke skolah krn alasan bateri xcukup dicas..

    guru2 pula perlu fhm situasi ini bg meringankan beban pljr bw buku teks ke skolah..

    Reply

Leave a Reply