Popularkan blog anda dalam masa singkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Dalam minggu ni terbaca isu plagiat yang sedikit mengemparkan ‘alasan tidak menjadi raja lawak’ diplagiat, pasti tiada siapa pun perasan. Tapi ada ke manusia bengong yang nak plagiatnya?? Takde kot.

Sebagai salah satu bahan penulisan yang mudah di ‘copy paste’ entri blog juga pasti boleh diplagiat.. Ops dah lari tajuk plak.. Sebenarnya saya bukanlah nak membebel pasal plagiat-memplagiat ni sebab biarlah mereka yang terlibat memberikan kenyataan sebaliknya saya ingin memberikan sedikit tips untuk mempopularkan blog anda dalam jangka waktu yang singkat tanpa memplagiat idea orang lain. Berikut adalah beberapa tips :-

1. Buat entri yang agak lain dari yang lain. Tajuk biar ‘hype’ dan boleh mengundang pengunjung. Beberapa contoh entri yang boleh digunapakai :-
– ‘ Rupa Paras Khai Terbongkar. Wajahnya seperti pelakon Tamil’…Membaca tajuk mungkin ramai peminat Khai (blogger terkenal JustKhai dan Ohartis) yang akan terkejut. Almaklumlah beliau memang terkenal.. Tapi janganlah anda kelentong tapi tukar kan endingnya seperti berikut. ‘ Itulah dia Khairulzaman bin Md Salam, adik kepada sepupu sebelah makcik jiran saya yang telah lama tidak diketemui’. Maksud disini ialah mengeksploitasi populariti blogger Khai tapi cerita pasal orang lain.. Huhuhuhu… Pasti komen yang anda dapat berbisa sekali.. Pon pon..
- ‘ Hanis Zalikha akan berkahwin ‘. Mula-mula tulislah pasal kecantikan dan kepopularitian blogger Hanis Zalikha tu.. Nak lagi best buat permulaan camni.. Dengar-dengar cerita blogger cun ‘Hanis Zalikha bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi’.. Tambahlah sikit-sikit kasi cun tapi endingnya ‘ Rupa-rupanya cerita di atas dibawa khas oleh Mak Limah, tukang sebar fitnah kampung yang memang diketahui penipuannya oleh penduduk kampung’. Huhuhuhuh..
- ‘ Fesyen Kak Jie di karpet merah’. Yang ni senang je.. Korang tulis la, kak jie tengah beli karpet merah kat kedai karpet kat Jalan Masjid Inda. Ahak.. Kak Jie jangan tempeleng saya plak.. Ha haha.
Okay, cukup dengan mempergunakan nama-nama popular dalam blog anda.. Tips kedua pula..
2. Sekang ni mungkin ramai yang dalam demam Akademi Fantasia selepas Raja Lawak.. Jadi boleh eksploitasi dengan mengutuk rancangan tersebut. Anda kondem je semua yang dibuat oleh pengacara, penyanyi dan pengetua. Komplen bebanyak dalam bahasa yang ‘kahau ‘ . Bagi peserta, katalah suara buruk cam suara katak puru tengah tangkap lalat, beritaulah bahawa jiran sebelah anda lebih bagus lagi. Hentam sepuas-puasnya sampai ada pihak produksi yang datang dan menghantar surat dari peguam untuk anda baca.. Huhuhuhuhuhuu.. Gerenti popular..
3. Pergi ke Zoo dan ceroboh dalam kandang harimau.. Kalau nak best, periksa jadual makan harimau tersebut.. Pastikan ianya berada dalam keadaan lapar. Ambil gambar dengan harimau dengan menggunakan kaedah live blogging. Kalau bernasib baik, harimau tersebut akan membaham anda dan kepopularitian blog anda pasti meningkat..Tu pun kalau anda berjaya melepaskan diri. Kalau tidak, paham-paham le kan..
4. Komenlah di blog-blog otai dengan mengatakan bahawa blog mereka hampeh.. Pastikan anda mengkomen dalam bahasa yang menyampah sekurang-kurangnya 500 blog sehari..Tapi kena pastikan cari blog-blog yang meletup je.. Setakat blog ligakampung.com dengan OhPemandu.com tak payahlah.. Ngabehkan boreh je..

Huhuhuhu. Cukuplah setakat ni.. Sebelum tu sila baca amaran dulu….

AMARAN


“IDEA-IDEA DI ATAS MUNGKIN TIDAK SESUAI DIGUNAKAN KERANA IANYA MAMPU MENYEBABKAN ANDA DI SAMAN ATAU DISERANG.. IDEA DI ATAS HANYA SESUAI UNTUK DIBACA BAGI MEMBERIKAN SENYUMAN KETIKA ANDA SEDANG TERKIAL-KIAL MENCARI IDEA ATAU DALAM KEADAAN SAKIT PERUT. SEKIAN ”

Ha haha.. Minta maaf kalau anda terasa tertipu dengan tips-tips yang dinyatakan. Jangan marah ek ..

Kepada penama-penama yang digunakan di dalam entri ini di pohon maaf. Ini hanya lawak semata-mata dan bukan untuk menjatuhkan reputasi anda.. Jangan saman saya ye, saya blogger murahan je.. Duit pun tak banyak.. Kalau kena saman, alamat bertangguh lagi le nak kahwin.. HUhuhuhuhuhuhuhu.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2752
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

25 Responses to “Popularkan blog anda dalam masa singkat”

  1. kenwooiNo Gravatar says:

    500 blogs a day? i dont think i can reach that.. haha.. =P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha haha.. surely your blog will boom if you can reach that….. :)

    Reply

  2. shahrinabdNo Gravatar says:

    hehe….xpew. Tajuk awak pon bole tahan panas jugak. Cepat je nak klik. Strategi jugak kan. Yang penting ada usaha..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha ha ha.. saja je buat lawak.. ni namanya keyword…

    Reply

  3. meeraNo Gravatar says:

    cehhh..baru nak amik tips…gua tertipuuu..btw, thanks…gua ingat nak try yang no 4 tuh…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha ha ha.. nak try boleh je tapi jgn libatkan blog ini ye…
    jgn kata si Zool plak ngajo..
    tak kuasa den

    Reply

  4. faizal yusupNo Gravatar says:

    salam ziarah.. jemput ke blog power saya… hawhawhaw

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    power ye.. nanti datang

    Reply

  5. KNizamNo Gravatar says:

    keep on blogging zool. sure traffic mantap lepas ni hehe :)
    eh aku perasan wide giler ko nyer theme ni.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak tau .. tgk keyword masuk tak SERP…
    wide baru syok nak tulis panjang2 …..

    Reply

  6. miss lollyNo Gravatar says:

    ceyyyy ceyyy.

    loyar buyukssssssssssssssssssssssss

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    uhuk uhuk..
    sesekali je .. banyaknya ‘s’ ngan ‘y’..
    tak rosak ke keyboard lappy tu nanti.. huhuhuhu

    Reply

  7. matjoeNo Gravatar says:

    haha, mcm2 laa zool ni. mmg make sense n mmg boleh mari punya. btw, aku dh ubah template demi kesejahteraan hidup berbilang bangsa. Sila selalu jengah n tinggal jejak ket my blog

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha haha.. biasalah aku…
    template baru mu.. memang ‘mesti mari’

    Reply

  8. firusNo Gravatar says:

    cheh… siot lu.. Wa ingat tips baik baik tadi…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha haha..
    semua buat tips2 yg tipikal.. lagipun kalau ko nak cari tips yg betul boleh cari atau tanya kat otai-otai tu..

    Reply

  9. cik epalNo Gravatar says:

    takut gak kena saman :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    takut.. bukan sikit nilai kalau kena saman tu..

    Reply

  10. KujieNo Gravatar says:

    ‘kak jie’ ada google value ke?
    nak gelak pun ada.

    wahhh..skrg ni org saman tak sebut ribu..semua bid 2 juta je..:p

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ada..mesti ada…

    yup saman semua juta2 je…
    kena air tomyam pun saman juta2..
    cikgu jentik anak pun juta2…

    Reply

  11. pak daNo Gravatar says:

    salam bro tukar link nak tak

    Reply

  12. imranNo Gravatar says:

    Memang glamer la kalau buat tips ni :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    glamer dan merbahaya

    Reply

  13. wafiqaNo Gravatar says:

    hehehe..abis la..kang ade org mengamuk :D ..bersiap sedia~

    Reply

Leave a Reply