PM ucap tahniah kepada Jun Hoong/Pandelela

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong, yang memenangi pingat perak pada Siri Dunia Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) 2018 di Beijing, China pada Jumaat.

Pasangan penerjun negara itu mengumpul 312 mata dalam acara 10 meter platform berirama wanita di National Aquatics Center-Water Cube.

“Tahniah @cheongjunhoong(amp) @Pandelela_Rkerana memenangi pingat perak dalam Siri Dunia! #NegarakuKebanggaanku,” kata Najib dalam Twitter beliau malam ini.

Gandingan tuan rumah, Zhang Jiaqi/Zhang Minjie, meraih pingat emas setelah mengumpul 368 mata, manakala pasangan Taneka Kovchenko/Melissa Wu dari Australia memenangi gangsa dengan 299 mata pada pusingan pertama Siri Dunia itu. – Bernama

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply