Plagiat dan Penciplak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Dalam minggu lepas terbaca pasal entri Chika tentang blog beliau di plagiat oleh seseorang.

Bercerita tentang plagiat, ciplak dan sebagainya memang biasa berlaku dalam berkarya. Kadang-kadang saya pun melakukan sedikit kaedah ‘copy and paste’ terutama pada blog ‘niche omputeh’. Almaklumlah penguasaan ‘English’ tahap level orang kampung ( Ahad lepas cakap dengan omputeh tergagap den..).. Tapi itu tak bermakna saya menyokong plagiarism ni.. Seeloknya gunakan kebijaksanaan untuk mengolah ayat.

Saya yakin ada diantara anda yang menceduk idea orang lain untuk dijadikan hasil kerja anda. Tidak kiralah semasa anda membuat blog, assignment, kerja sekolah, tulis surat, menyanyi hatta menari sekalipun. Pasti kadangkala terciplak identiti orang lain. Tapi jadilah seorang peniru yang bijak.. Janganlah sampai obses sehingga menjadi orang lain..
Kadangkala saya pelik bila personal blog di ciplak. Lebih-lebih lagi kalau blog tu cerita pasal hal-hal kehidupan seharian. Nampak sangat ke’obses’an pada seseorang.. Bahaya wooo.. Jangan tak caya, Facebook si Zool Ligakampung pun pernah ada ‘duplicate’nya. Pelik dok ada gak…

Sebelum ini saya telah membina sebuah blog iaitu OhPemandu.com , blog berkisar ragam pemandu seantero dunia. Jika anda penggemar blog mungkin mengetahui bahawa blog-blog yang bermula dengan perkataan ‘Oh’ banyak digunakan oleh Dak Khai. Tapi idea dan stail berbeza dengan beliau. Secara jujurnya perkataan ‘Oh’ tu pun saya ambil berdasarkan popularitinya.. Harap Dak Khai tak saman atau minta royalti.. Si Zool tak banyak duit.. Setakat nak belanja melawat Zoo Melaka bolehlah.. Ha haha..

Okay cukup setakat ini. Mungkin anda ada pandangan yang lebih mantap lagi..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1205
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

10 Responses to “Plagiat dan Penciplak”

  1. beliamudaNo Gravatar says:

    meniru pun salah satu daripada teknik belajar… tapi kena pandai2 la jugak kan.. huhu~

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu.. jgn mem’khinzir’ buta..

    Reply

  2. Lady NassNo Gravatar says:

    haha..i am not the one.ok.aku jahat sket aje.ok.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    jahat sikit takpe.. :)

    Reply

    Lady NassNo Gravatar Reply:

    haha..dulu dulu masa mula-mula blogging banyak jugak cebok dari buku…! skrg alhamdulillah…i can write it with my own opinion. :)

    Reply

  3. megatNo Gravatar says:

    sebab itulah aku malas nak update blog inggeris walaupun income disana mencanak! sebab terfikir akan kesahihan pendapatan nya (hu3).

    tapi aku masih mengkaji sejauh mana ciplak dan olahan tersebut mampu dikaitkan dan mampu untuk aku teruskan usaha aku (he3).

    apa yang kita dapat sekurang-kurangnya berbaloi dengan apa yang kita dapat kan?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    terpulanglah pada persepsi dan niat memasingkan…

    Reply

  4. mazudiNo Gravatar says:

    psst… saya suka tangkap student yang plagiat. Paling best bila plagiat yang terus terus potostat.
    Gitupun kira plagiat jugak ker, ker cetak rompak.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup tu kira plagiatlah tu..
    cetak rompak adalah hasil plagiat yang digunakan untuk keuntungan…

    Reply

  5. Fatin PauziNo Gravatar says:

    Bab2 plagiat ni, bengang betul. huhu

    Reply

Leave a Reply