LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

PJ Half Marathon masuk edisi ke 31

Antara acara larian yang tertua di Malaysia iaitu PJ Half Marathon yang kini memasuki edisi ke 31. Acara larian ini akan berlangsung pada 25 Ogos ini di Dataran Petaling Jaya dimana ia membabitkan larian 30 km Terbuka, 21 km Terbuka, 10 km Terbuka serta 3 km Fun Run.
Menurut penganjur, seramai 10,000 peserta telah mengesahkan penyertaan dalam PJ Half Marathon 2019 ini.
Ia juga disertai oleh 259 orang peserta dari luar negara dari 42 buah negara. Ia menjadikan acara larian PJ Half Marathon ini semakin dikenali ramai serta menarik minat peserta dalam dan luar negara.

Larian anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Olahraga PARA Selangor (POPS) mendapat kerjasama Puncak Ventures SRA Sdn Bhd.
Para Penaja terlibat seperti 100Plus & Ice Mountain (F&N Beverages Marketing Sdn Bhd), Ultron, Pharmaniaga Pristine Sdn Bhd, Unitar, Suunto dan Beaute Library.

Antara jalan-jalan utama yang terlibat dalam acara ini ialah Jalan Gasing, Jalan Templer, Jalan Universiti serta Jalan Sultan.

Untuk makluman, penutupan jalan dan kawalan lalu lintas berperingkat akan dilakukan pada 24 dan 25 Ogos ini oleh pihak Polis Daerah Petaling Jaya.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.pj-halfmarathon.com atau laman sosial (facebook: www.facebook.com/pjhmarathon).

Ada ke pembaca Ligakampung.com yang menyertai acara ni? Semoga berjaya semua.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)