Pisau cukur di sekeliling kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Saya rasa semua memahami apa itu pisau cukur. Bukanlah pisau untuk mencukur janggut ataupun bulu kaki yang ingin diceritakan di sini tapi mengenai individu yang mempergunakan pasangan untuk kepentingan sendiri.

Anda faham tak?? Kalau tak faham mungkin boleh tengok trailer cerita pisau cukur yang bakal mengegar pawagam sikit masa lagi. Ops saya bukan nak cerita pasal filem lakonan Maya Karin dan Fazura tu tapi tentang realiti kehidupan. Memang terdapat insan yang diperkotak katikkan oleh pasangan. Kalau dulu biasanya pisau cukur dikaitakan dengan wanita tapi kini ianya telah menular kepada lelaki.

Samada wanita mahupun lelaki, ianya adalah perbuatan yang salah. Selain dari menghabiskan wang pasangan, ianya akan memberi impak pada individu tersebut. Bayangkan selama ini bermewah dengan hasil usaha pasangan. Sampai satu tahap pasangan telah pokai dan tak sanggup lagi menanggung. Pastinya individu tersebut akan terkapai-kapai..

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman terdapat ramai manusia kaki cukur di muka bumi ini. Malahan situasi tersebut bukan hanya terjadi kepada Datuk-datuk tetapi juga pada orang-orang kampung. Ini berlaku bila duit menjadi tanda kebahagiaan dan keseronokan sedangkan ianya bukan.

Bagaimana pula cerita anda?? Jom kongsi bersama..

p/s:- Ada juga terfikir nak tengok cerita ‘Pisau Cukur’ tu tapi tak tau nak ajak sapa.. Tunggu DVD le gamaknya.. Huhuhuhu

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1283
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

16 Responses to “Pisau cukur di sekeliling kita”

  1. taikoNo Gravatar says:

    Tq bro sebab backlink kat blog aku…

    http:/kataegois.blogspot.com

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    orait.. ntah camne ntah aku tersinggah blog ko…

    ha haha nick ko lebih kurang cam nick kawan aku masa belajo kat Jengka dulu.. ha haha.. ko ciplak ek?

    Reply

  2. Mr JNo Gravatar says:

    Perempuan zaman sekarang … tgu flem lelaki pisau gillete

    http://www.pengeRindu.com

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ahak.. lelaki pisau gilette tu Thierry Henry, Roger Federer ngan Tiger Woods …

    Reply

  3. safarNo Gravatar says:

    ada kalanya manusia ni seronok untuk ”dicukur”.
    katakan seorang kaya mempunyai banyak duit.saja
    nak habiskan untuk seseorang.mereka yang kaya
    rasa seronok pula buat begini.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup…
    tapi yang kaya ni tak perasan lama2 duit habis..

    selalu org kaya jatuh sebab benda2 camnilah.. bila dah berabis kepada pasangan lupa pada t/jawab.. kalau bisnes boleh lingkup.. kalau keje, boleh turun pangkat.. masalah disiplin dan sebagainya.

    Reply

  4. amanNo Gravatar says:

    apabila duit mengatasi segalanya…hmm

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu.. bila duit jadi taruhan…
    dosa pahala tolak tepi…

    Reply

  5. firusNo Gravatar says:

    ye betul tu en zool… nama org tu sama mcm kawan awak di jengka dulu… Heheh

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha ha ha..
    biasala tu.. kan nick tu mudah .. ramai yang guna..
    kawan aku tu dah tak nak guna nick tu lagi pun tetap ada org panggil tu kat fb… huhuhuhuhu

    Reply

    firusNo Gravatar Reply:

    cheh.. member konon..

    Reply

  6. megatNo Gravatar says:

    tajuk cerita memang dah best dah. tapi tak tahu macam mana mutu cerita tu.

    realiti kehidupan sememangnya terlalu ramai manusia PISAU CUKUR. ia boleh berlaku dlm keadaan sedar atau tidak.

    tidak kira lelaki atau perempuan. sudah pasti apa yang kita tahu mereka suka menempel dan sentiasa cari peluang.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kalau tgk trailer cam best je.. citer ala2 kelako situasi..

    realiti memang ramai manusia PISAU CUKUR.. Terlupa nak tulis, kadang2 kawan baik ( tak semesti pasangan) pun boleh cukur kita.. tak semesti dengan duit.. pakai barang kawan sampai habis pun boleh kira cukur gak.. betul tak, megat?

    Reply

  7. izzat azizNo Gravatar says:

    seumur aku hidup selama 20 tahun ni tak penah lagi jumpa pisau cukur.. tak kiralah laki ke pompuan.. bab pisau cukur ni tak tahulah susah nak kita kenal.. kadang2 bila dah kena ayat tu tak rasa papepun bila kena tinggal barula perasan..

    bab citer tu plak.. trailer tak best so aku tak kan tengok kat wayang..hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    insyallah ko akan jumpa gak…
    kalau ko kaya mungkin akan ada pisau cukur dekat kat ko tapi kalau blogger selebet cam aku, tak de sapa hingin nak dekat.. huhuhuhuhu

    Reply

  8. nazraNo Gravatar says:

    naz rasa nak download ja, tu pun kalau ada kat laman sesawang ni :p

    malas nak p tengok kat cinema, kang tak best rugi ja duit…

    Reply

Leave a Reply