Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Pisang , tanaman penuh gunanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kalau sebelum ini saya pernah bercerita tentang keenakan pisang goreng kali ni hendak bercerita pula tentang tanaman yang sering menjadi tanaman di kampung-kampung..
Pokok pisang merupakan sejenis tanaman yang tumbuhan yang mudah ditanam serta mudah pembiakannya. Di Malaysia, tanaman pisang seperti pisang mas, berangan dan rastali ditanam untuk dimakan segar manakala pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.
Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan. Ramai yang telah berjaya dalam mengusahakan tanaman pisang ini..

Malahan pisang mempunyai banyak kegunaannya, bukan sekadar dari segi buahnya sahaja malahan banyak fungsi dari batang dan daunnya.. Mungkin ramai yang tau bahawa nasi lemak yang sedap dimakan menggunakan daun pisang sebagai kaedah pembungkusannya.. Tahap keenakannya cukup berbeza berbanding dibungkus dengan kertas minyak atau suratkhabar semata-mata..
Kuih koci, lepat pisang juga menjadikan daun pisang sebagai medium utama dalam pembungkusannya.. Mungkin ramai yang tak tau bahawa daun pisang juga mempunyai kegunaan tersendiri.Bagi budak-budak kampung, mungkin teringat tentang kisah lama membuat rakit menggunakan batang pisang.. Dengan kadar keterapungannya dan mudah dicari zaman-zaman ‘adventure’ meredah sungai dengan rakit adalah satu kemestian budak-budak kampung..
Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni. Jom baca info seterusnya..

Sejarah Pisang
Pisang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Ianya dikenali di negara-negara tropika seantero dunia akibat dari perkembangan aktiviti perdagangan. Pisang mula diperkenalkan oleh saudagar-saudagar Arab di Afrika Timur. Pada tahun 1402, ianya telah dibawa ke Kepulauan Canary oleh orang-orang Portugis. Manakala bangsa Sepanyol memperkenalkan pisang ke Mexico sekitar tahun 1531 dan ke Benua Eropah Barat serta Amerika Utara pada tahun 1866.

Pisang dan kesihatan

Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:

1. Darah tinggi dan strok – pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
2. Kolestrol – pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
3. Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
4. Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
5. Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
6. Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi

Sumber :- wikipedia

Berikut merupakan gambar-gambar pisang yang terdapat di halaman rumah si ZOol.. Layan je la kan..
Anak Pisang
Anak pisang yang masih berada berdekatan dengan ibunya.. Huhuhuhuhu.. Pisang ada jantina ke?? Memang kalau tanam pisang akan banyak tumbuhnya anak-anaknya tanpa dipaksa.. Ianya boleh dipindahkan untuk memberikan keselesaan kepada anak pisang tersebut..

Pokok Pisang
Ini pokok pisang yang telah ada buahnya.. Terpaksa di tampung dengan kayu.. Ia agak berat ..

Sesikat Pisang
Ini pula setandan daun pisang yang masih belum bersedia untuk ditumbangkan.. BOleh je nak tumbangkan tapi lebih elok kalau dah sempurna masaknya.. Ops lupa nak beritau.. Ini Pisang Nangka ..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 238
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

16 comments to Pisang , tanaman penuh gunanya

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>