Pisang kaki yang tiada kaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebenarnya 2 minggu lepas nak tulis pasal buah ‘pisang kaki’ ni. Secara jujurnya saya pun baru mengenali buah ni ketika majlis pertunangan adik saya. Dalam hantaran tersebut ada sejenis buah-buahan yang menyerupai tomato. Tetapi ia bukanlah tomato sebaliknya sejenis buah-buahan yang dikenali sebagai pisang kaki.

Pisang ini memang kurang dikenali . Bentuknya unik kerana tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buahnya berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea.

Teringin juga nak tengok bentuk pokoknya dan jumpa di blog Yani. Memang seperti pokok tomato tapi kalau anda rasa buahnya ada perisa pisang sebab ianya dari spesis pisang.

Selain dari nama pisang kaki ianya juga dikenali dengan nama ‘Persimmon’. Cam nama kumpulan rock Metal plak.. He hehe.

Untuk pengetahuan anda,KNizam pun ada cerita pasal pisang kaki ni..

Okay cukuplah setakat ni. Kalau anda ada idea berkaitan pisang kaki bolehlah sama-sama kongsikan di sini.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3377
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

10 Responses to “Pisang kaki yang tiada kaki”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    sedap gak la pisang kaki neh. dalam cerita jepun banyak pasal pisang kaki neh. hehe :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aku tak tau.. baru perasan masa hantaran adik aku…
    tapi kat pasau malam Tmn Maju ada gak jual..

    Reply

  2. cikepalNo Gravatar says:

    macam tomato pon ada jugak..hehe :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bentuk memang cam tomato.. memang ramai tertipu.

    Reply

  3. beliamudaNo Gravatar says:

    ptt la macam pernah dengar, kat blog knizam rupenya..

    sedap ke rasanya?

    Reply

  4. farahaznilNo Gravatar says:

    hoho..kena test mknan2 mcm ni..nnt kempunan dek tgk gmbr aje

    Reply

  5. megatNo Gravatar says:

    aku perasan pasal pisang kaki ni pun kak blog knizam. apa rasanya eh?

    nak kena cari ni (hu3)

    Reply

    farahaznilNo Gravatar Reply:

    makin popular nmpknya pisang ni..hahhaa..mn la aku nak cr pisang xde kaki ni kat kl..hohoh

    Reply

  6. suhana ainNo Gravatar says:

    mula mengenal pisang kaki atas cadangan kawan sewaktu awal mengandung.. katanya,bagus diamalkan masa mengandung..

    Reply

  7. BorhannuddinnNo Gravatar says:

    ….dah makan dah…. sedap juga…lagi kalau yang masak ranum..!

    Reply

Leave a Reply