Pisang Goreng

Archived in the category: santai
Posted by zool on 22 Nov 08 - 15 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari Sabtu dan dalam musim hujan-hujan ni rasanya elok kalau saya menulis artikel yang agak santai.. Almaklumlah kepala pun agak benak memikirkan tentang kerja, bengang ngan boss, cari duit online dan sebagainya.. Walaubagaimanapun artikel perlu ditulis memandangkan bulan ni saya sudah terlepas beberapa hari untuk menulis di blog ini..

Saya yakin anda sebagai rakyat Malaysia pastinya mengenali pisang goreng ni..Kalau tak kenal mungkin anda orang bandar yang tidak pernah singgah tepi jalan-jalan.. Sebab rasanya seluruh Malaysia ada menjual antara makanan kegemaran di waktu petang-petang..
Pisang Goreng

Sebelum bercerita tentang intipati makanan ini saya teringat satu masa dahulu ada sedikit perdebatan samada makanan ini digelar ‘pisang goreng’ atau ‘goreng pisang’. Kelako dok ada gak sebab benda remeh camtu pun boleh didebatkan.. Saya pun tak tau yang mana yang betul tapi apedehal yang penting halal dimakan…

Pisang goreng merupakan makanan yang mudah untuk dihasilkan lebih-lebih lagi sekarang ni ada tepung-tepung goreng khas. Celup je pisang ke dalam tepung tu, tambah sikit garam, tuangkan air dan goreng je.. Mudah je kan..

Meniaga pisang goreng merupakan perniagaan yang sering kita lihat ditepi-tepi jalan.. Malahan harganya sekitar RM0.25 sekeping tidaklah mahal sangat dan senang dikunyah.. Kebiasaannya gerai-gerai akan dipenuhi oleh penggemar-penggemar pisang goreng ni.. Masyuk gak jual pisang goreng ni.. Saya pernah terbaca dalam akhbar terdapat peniaga pisang goreng yang mampu mendapat keuntungan sekitar RM 100 sehari dengan hanya menjual pisang goreng..

Okay cukuplah setakat ni… Saya plak rasa terliur tulis pasal pisang goreng ni.. Nak kena cari pisang ni.. Jom goreng pisang..

Blog Widget by LinkWithin

15 comments for “Pisang Goreng”

1

Nasib baik baru makan keladi goreng, takla terliur pisang goreng sangat, hehehe

[Reply]

November 22nd, 2008 at 3:17 am
2

aduila..sedapnya pisang goreng..

[Reply]

November 22nd, 2008 at 4:41 am
3

Huhuh…..mcm2 bnda ley bwat isu…terliir. Nie tuan tanaj jual ker??? Mai sebugkus. hoho….

[Reply]

November 22nd, 2008 at 6:37 am
4

zaki blogjer –> keladi goreng pun best gak.. tadi emak dah goreng.. best makan petang2 ..
callister –> memang sedap..
KampungBoy –> isu ada dimana2 pun.. daripada buat isu memfitnah orang baik buat artikel camni.. ada gak pekdahnya.. er tuan tanah belum cukup master dalam teknik meniaga pisang goreng ni.. kalau ko nak buat kita JV tadahal..

[Reply]

November 22nd, 2008 at 11:47 am
5

pisang goreng or goreng pisang.

Kalau mengikut DBP ialah pisang goreng. Mengapa?? goreng pisang merujuk kepada perbuatan dan pisang goreng adalah benda yang dihasilkan daripada perbuatan.

Aku suka pisang goreng dengan kerak2nya sekali. tapi aku tak suka pisang goreng yang menggunakan tepun segera seperti adabi…hasilnya tak berapa sedap. Adunan tepung buatan sendiri lebih yummie dan crunch.

[Reply]

November 22nd, 2008 at 12:57 pm
6

bestnye….da la tengah lapar..hehe

[Reply]

November 22nd, 2008 at 1:31 pm
7

i always love pisang goreng..
although it’s fattening, but i stil cant stop myself from eating it….
^_^

[Reply]

November 22nd, 2008 at 2:43 pm
8
AASSHH

Pisang goreng popular kerana ianya boleh dinikmati semua lapisan masyarakat dan wujud sejak zaman berzaman lagi…

[Reply]

November 22nd, 2008 at 3:08 pm
9

AA –> pisang goreng yang betul ek.. ikut selera la bro, tepung sendiri atau siap..
Esempoi –> lapar ek.. jom makan..
candicechong –> yes.. It is delicious..
AASSHH –> sejak zaman Parameswara wujud ker>???

[Reply]

November 22nd, 2008 at 3:46 pm
10

pisang goreng!! isshhh!!! teringin la pulak!
nak goreng sendiri macam leceh eheheh

pekena pisang goreng petang2 ngan teh o panas…
perghh!!! nikmat nya idup!!!!

[Reply]

November 22nd, 2008 at 5:49 pm
11

sape yg tatau pisang goreng adelah sgt plikkkkkk
nyum2 sedapnye~

[Reply]

November 23rd, 2008 at 11:55 am
12

ko pernah buat review pasal din corner kat jasin ke eh ?

[Reply]

November 23rd, 2008 at 12:18 pm
13

adila –> kat oversea byk ke pisang??
kuro –> pelik tapi tak mustahil ada yang tak tau..
KNizam –> tak penah.. ala aku bukan promoter jalan2 cari makan.. ko nak review no hal je..

[Reply]

November 23rd, 2008 at 2:02 pm
14

….. rm0.25 seketul.. kalau nak rm0.10 sekeping, pergi kedai buluh, Kuala Terengganu…

[Reply]

November 24th, 2008 at 2:50 am
15

[...] sebelum ini saya pernah bercerita tentang keenakan pisang goreng kali ni hendak bercerita pula tentang tanaman yang sering menjadi tanaman di kampung-kampung.. [...]

December 27th, 2008 at 10:41 am


Baca artikel ini melalui emel dan anda tidak terlepas entri menarik..

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner



TIngalkan komen mantop..

Personal Coaching di Melaka Menjana Pendapatan Melalui Blog









Perhatian !! Blog ini adalah perkongsian pendapat .. Sebarang info tidaklah tepat seratus peratus. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekira terdapat kerosakan ketika anda membaca dan mengikuti blog ini..

Blog Kita All Malaysian Bloggers Project

web stats


Zool Ligakampung's Facebook Profile
Powered by Free Wordpress Themes. Web hosting