LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pingat pertama dalam Sukan Asia dari Yap Khim When

Walaupun berada dalam kesakitan serta terpaksa menangguhkan pengajian namun ianya berbaloi bagi Yap Khim Wen apabila menjadi penyumbang pertama bagi negara di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
Atlet acara poomsae taekwondo individu wanita itu berjaya melangkah ke separuh akhir namun tumpas kepada peserta Iran, Salahshouri Marjan.
kejayaan melangkah ke separuh akhir itu juga menamatkan kemarau 16 tahun tanpa pingat bagi sukan taekwondo.

J

 

Bercakap kepada pemberita selepas pusingan separuh akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), beliau mengakui terpaksa melupakan kecederaan di lutut kanan dan pergelangan kaki kiri untuk memberi fokus sepenuhnya dalam meraih pingat untuk negara.

Mengenai pencapaiannya itu, Kim Wen berkata, “Setakat ini, ini adalah pencapaian terbaik dalam karier saya dan berbaloi dengan masa yang diberikan setelah saya memutus menangguhkan pengajian saya buat sementara sejak awal Mei semata-mata untuk Sukan Asia.

“Selepas ini saya akan meneruskan pengajian dan berehat, memulihkan kecederaan, seterusnya berharap dapat menyertai lebih banyak pertandingan kelak,” katanya.
– BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)