Assalamualaikum dan salam sejahtera,..
Macam bunyi iklan je tajuk entri hari ni.. Tapi bukan lah mengenai barang-barang tapi sedikit perkongsian motivasi mengenai pilihan..

Setiap hari kita akan bertemu dengan pilihan.. Samada pilihan itu membawa kebaikan atau keburukan/ kejayaan atau kegagalan ianya akan ditentukan di masa depan..
Disebabkan kesilapan membuat pilihan, ada pelajar di Utara yang menjadi popular atas kebodohannya. Sanggup membiarkan diri menjadi pelakon porno .. Dan atas pilihan untuk melawan gurunya menyebabkan 2 pelajar menjadi popular.. Ada yang menyanjung dan mengutuk .. Tapi untuk apa??
Cukuplah tentang pelajar.. Memang berbeza sekali zaman mereka ngan zaman saya.. Bercerita tentang pilihan, was-was adalah satu penyakit yang seringkali menganggu pemilihan..
Sebenarnya saya ada beberapa perancangan yang memerlukan pilihan dilakukan..Antara yang boleh saya berkongsi ialah :-
1. Saya sedang memikirkan samada rumah di Taman Maju disewakan atau tinggal sendiri.. Kemungkinan sewa menjadi pilihan memandangkan saya belum memiliki ‘rakan kongsi’ lagi..
2. Menukar kereta.. Insyaallah jika saya berkemampuan, tahun hadapan saya akan menukar kereta.. Almaklumlah kereta yang dipakai sekarang milik abang saya dan pertukaran perlu dilakukan untuk keselesaan diri.. Antara 2 pilihan buat masa ini ialah MyVi atau Forza.. Akan dipilih jika cukup ‘calculationnya’..
3. Membeli pencetak.. He he he.. Yang ini tidak kritikal tapi rasanya saya telah membuat keputusan untuk membeli pencetak HP yang harga di bawah RM150.. Mudah untuk membuat kad-kad sekaligus menjadi tapak promosi projek-projek offline dan online..
4.Menukar pekerjaan.. He he he.. memang ada terdetik dalam hati untuk bertukar kerja .. Walaubagaimanapun kena tengok camne dulu terutamanya perlu menunggu ‘sah jawatan’ ..
5. Pemilihan projek offline.. Tahun hadapan saya amat berharap agar dapat merubah sikap malas… Ini kerana saya ingin lebih serius dalam projek online dan offline.. Jadi pemilihan projek-projek perlu tepat agar tidak menganggu produktiviti dan kesihatan..
Rasanya itu sahaja pilihan saya buat masa ini yang perlu diberi perhatian.. Walaupun ada beberapa perkara lain yang agak kritikal namun buat masa ini 5 pilihan perlu dilakukan..
Bagaimana pilihan itu hendak dilaksanakan perlu berhati-hati.. Almaklumlah saya selalu melalui pilihan yang salah.. Jadi untuk kali ini saya memerlukan kajian yang lebih sebelum membuta tuli melakukan pilihan.. Bagaimana pula dengan anda?? Pasti anda mempunyai cara tersendiri dalam melakukan pemilihan…
RSS Feed
Twitter



October 23rd, 2008
zool
Posted in
Tags: 


tawakallah apabila membuat pilihan dan yakinkan diri bahawa Allah akan membantu jika berserah dan memohon petunjuknya sebelum membuat pilihan.
Reply
kalau ada rumah di shah alam boleh la sewa kat aku.. hehe
Reply
hidup ini mmg satu pilihan pun. cuma neraka ke syurga je kan. hehe
Reply
perancangan yang menarik! kadang-kadang kita lupa untuk merancang sehingga menyebabkan sesetengah rancangan gagal dipenuhi.
Reply
yang mana satu nak diselesaikan before hujung thn ni?? heheheh..soalan cepu emas tu..carilah partner cepat2.
Reply
minta la pendapat orang yg lebih berpengalaman..:)
Reply
buat mana yang ‘nampak’ dulu. jangan terkejar-kejar.
Reply