Piala Uber 2015 : Malaysia gagal ke suku akhir

Skuad Piala Uber negara sudah boleh bersiap sedia untuk pulang awal selepas tumpas pada perlawanan kedua di Kejohanan Piala Uber 2016.
Selepas tumpas 0-5 pada gergasi badminton, China pada Ahad lalu, kali ini skuad negara tumpas tipis 2-3 di Kejohanan yang berlangsung di Pusat Sukan Kunshan.

Skuad negara memulakan aksi dengan longlai apabila perseorangan pertama negara, Tee Jing Yi tumpas kepada pemain Denmark Line Kjaersfeldt dengan straight set 11-21, 9-21.
Beregu pertama negara Amelia Alicia Anscelly/ Woon Khe Wei pula tumpas di tangan beregu nombor lima dunia Chritinna Pederson/Kamilla Rytter Juhl dengan keputusan 16-21, 17-21.

Ketinggalan 0-2, pemain perseorangan wanita berusia 16 tahun, Goh Jin Wei menampilkan aksi mantap apabila menumpaskan Mette Poulsen dengan keputusan 21-18, 21-13.

goh-jin-wei-cun
Beregu kedua wanita Goh Liu Ying/Vivian Hoo pula berjaya mendapatkan mata kedua negara melalui kemenangan ke atas Maiken Fruergaard/Sara Thygesen dengan keputusan 21-18, 22-24, 21-12.
Pemain perseorangan ketiga negara Ho Yen Mei gagal untuk membawa mata kemenangan apabila tumpas 24-22,13-21 ,13-21.

Perlawanan terakhir akan menyaksikan pasukan Malaysia menentang Sepanyol untuk menamatkan saingan.

zool

Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan.
Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.

http://ligakampung.com/blog

One thought on “Piala Uber 2015 : Malaysia gagal ke suku akhir

Leave a Reply